window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Intipan: Nissan Almera 2020 berwarna putih dijumpai lagi di Putrajaya!

Faisal ยท Aug 12, 2020 09:05 PM

Intipan: Nissan Almera 2020 berwarna putih dijumpai lagi di Putrajaya! 01

Baru beberapa hari gambar Nissan Almera 2020 yang baru di jalan raya Malaysia tanpa sebarang penyamaran muncul di internet, kini hasil tangkapan lain telah dijumpai. 

Intipan ini dihantar kepada rakan kami di PanduLaju oleh salah seorang pembaca mereka. Tidak seperti intipan sebelum ini, Almera dalam gambar ini mempunyai plat perdagangan yang tergantung di belakang. Namun begitu, gambar-gambar ini terlalu jauh untuk kita melihatnya dengan lebih jelas. Oleh itu, sukar untuk kami menentukan varian manakah yang diperlihatkan.

Intipan: Nissan Almera 2020 berwarna putih dijumpai lagi di Putrajaya! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi yang menarik perhatian kami adalah diffuser belakang yang berwarna putih. Nampaknya Almera di Malaysia akan mirip spesifikasi seperti di Thailand dimana ia dilengkapi dengan diffuser belakang mengikut warna kenderaan yang dipilih.

Nampaknya pelancaran Nissan Almera generasi baru ini sudah tidak lama lagi. Tiba sahaja di bilik pameran, kita akan mendapatkan enjin petrol 1.0 liter berkuasa turbo seperti di pasaran Thailand.

Intipan: Nissan Almera 2020 berwarna putih dijumpai lagi di Putrajaya! 01

Pelancaran Nissan Almera 2020 di Thailand pada November lepas

Enjin 3-silinder turbo yang menghasilkan 100 PS dan 152 Nm tork tersebut dipadankan dengan transmisi automatik jenis CVT.

Almera adalah salah satu kereta yang akan dilancarkan tahun ini. Honda Malaysia sudah mengusik kita dengan Honda City 2020, Perodua dengan SUV D55L, sementara Proton masih menguji Proton X50 di jalan raya. Jangan lupa bahawa Toyota juga sedang menguji Toyota Corolla Cross.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Nissan Almera 1.0L VL

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda