Intipan: Peugeot Landtrek 2020 trak pikap di Malaysia, akan dijual disini?
Zamil Syaheer ยท Sep 17, 2020 03:43 PM
0
0
Ada penampakan sebuah trak pikap yang kita tidak pernah lihat sebelum ini berlegaran di kawasan Glenmarie sebentar tadi, diambil oleh pembaca kita David Boh Ze Wei.
Ini sebenarnya adalah Peugeot Landtrek. Ia adalah unit pandu kanan kerana trak ini dijual di pasaran Amerika Latin dan benua sub-Saharan.
Sama seperti Proton X50, ia sebenarnya berasal dari China. Asas trak Landtrek ini adalah model trak pikap Changan Kaicee F70.
Ditawarkan dalam pacuan dua atau empat roda, Landtrek bakal hadir dengan pilihan enjin 1.9 liter diesel (152 PS dan 350 Nm) dan 2.4 liter petrol bercas turbo (212 PS dan 320 Nm).
Fuh, akan dijual di Malaysia ke?
Lek dulu. Kalau korang nak tau, Peugeot ada pusat latihan di Petaling Jaya dan unit ini mungkin digunakan untuk latihan kakitangan mereka.
Ataupun trak ini hanya berada disini untuk ujian ketahanan. Apa pendapat korang kalau Peugeot menawarkan trak ini untuk pasaran Malaysia?
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.