window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Intipan: Proton Iriz dan Persona dengan penyamaran. Tambah varian atau facelift tahun 2021?

Haris · Sep 4, 2020 09:30 AM

Intipan: Proton Iriz dan Persona dengan penyamaran. Tambah varian atau facelift tahun 2021? 01

Proton Iriz dan Proton Persona baru sahaja menerima facelift pada tahun 2019 pasca Geely-Proton namun nampaknya kedua-dua model ini telah pun mempunyai perancangan awal yang agak rapi. Berdasarkan jumlah jualan yang diumumkan oleh Proton, Proton Iriz gagal menduduki tempat pertama sebagai hatchback segmen B tetapi Proton kekal agresif memasarkan model ini.

Intipan: Proton Iriz dan Persona dengan penyamaran. Tambah varian atau facelift tahun 2021? 01

Kredit: The Ajerul

Proton Persona pula konsisten sebagai sedan terbaik segmen B namun apa salahnya dominasi pasaran sedan segmen B? Hal ini seiring dengan visi Dr Li Chunrong yang mahu memintas Perodua sebagai pengeluar kereta nasional nombor 1.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Intipan: Proton Iriz dan Persona dengan penyamaran. Tambah varian atau facelift tahun 2021? 01

Buktinya adalah terdapat beberapa foto yang tular sekitar Maran, Pahang yang memaparkan Proton Iriz dan Proton Persona dengan penyamaran. Tidak banyak yang dapat disimpulkan melalui gambar tersebut bermakna kemungkinan besar penambahbaikan 2 model ini mungkin hanya pada spesifikasi dah sedikit perubahan rekaan luar.

Intipan: Proton Iriz dan Persona dengan penyamaran. Tambah varian atau facelift tahun 2021? 02

Kedua-duanya turut dilihat mengenakan saiz tayar yang lebih besar. Adakah ini bermaksud, kedua-duanya bakal mempunyai varian prestasi seperti barisan model Proton R3? Difahamkan bahawa barisan R3 tiada lagi dalam perancangan Proton. Mungkin, model prestasi dengan nama baharu?

Intipan: Proton Iriz dan Persona dengan penyamaran. Tambah varian atau facelift tahun 2021? 03

Geely telah membangunkan enjin empat silinder 1.4 liter berkuasa turbo yang dipasangkan pada varian Geely Binyue Pro (Proton X50). Enjin ini kurang berkuasa berbanding enjin tiga silinder 1.5 liter yang terdapat pada varian Geely Binyue biasa. Namun penggunaan enjin 4 silinder berbanding 3 silinder dalam model segmen B pastinya sangat dialu-alukan.

Intipan: Proton Iriz dan Persona dengan penyamaran. Tambah varian atau facelift tahun 2021? 04

Selain itu, langkah menukarkan transmisi Punch CVT dengan kotak gear 4AT torque converter pada Proton Saga disambut baik oleh kebanyakan pengguna. Gandingan tren kuasa yang baru disebut ini mungkin akan benar-benar menyaingi Perodua Myvi yang mendominasi segmen B selama ini. Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat sahaja.

Kredit gambar: FB Ibrahim bin Ahmed, FB Anis Farhan

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda