Beberapa intipan Proton Saga yang sedang diuji di Lahore telah dijumpai berdasarkan laporan CarSpiritPK.com. Menurut mereka, syarikat Proton akan bekerjasama dengan Al-Haj Automotive untuk memperkenalkan barisan kenderaan mereka di Pakistan, bermula dengan Proton Saga.
Proton Saga akan didatangkan dengan enjin yang lebih kecil untuk mendapat potongan cukai yang lebih tinggi di Pakistan. Ia bakal mendapat enjin berkapasiti bawah 1.3 liter untuk memberikan harga yang lebih menarik dalam pasaran Pakistan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Untuk pengetahuan anda, struktur cukai di sana adalah berlainan untuk kenderaan berkapasiti di bawah 1.3 liter. Hal ini dapat membantu Proton mengeluarkan kenderaan dengan harga yang lebih rendah untuk menarik pasaran di Pakistan.
Menurut sumber mereka, Al-Haj Automotive akan menerima Proton Saga sebagai model CBU sebelum model CKD beransur pada tahun 2021 setelah kilang pemasangan Proton di daerah Karachi siap sepenuhnya.
Walaupun Proton Saga yang terdahulu tidak memberangsangkan, mereka yakin bahawa Saga yang menerima sentuhan Geely kali ini bakal memberikan impak yang baik melalui rupa paras yang cantik, ruang dalaman yang mencukupi dan ciri keselamatan yang bagus.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });