window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Intipan: Toyota Corolla Cross, versi Toyota Corolla dengan gaya crossover bakal dilancarkan?

Haris · Jun 22, 2020 11:53 AM

Intipan: Toyota Corolla Cross, versi Toyota Corolla dengan gaya crossover bakal dilancarkan? 01

Kami telah melaporkan intipan Toyota Corolla Cross yang akan datang di mana SUV tersebut akan hadir dengan spoiler besar di belakangnya. Kini kita mempunyai penampilan pertama di bahagian hadapan pula.

Toyota sedaya upaya menutup rupa model ini dengan pelbagai penyamaran. Bahagian hadapannya disamarkan lengkap dengan bentuk potongan yang dibuat-buat untuk sengaja mengelirukan kita.

Intipan: Toyota Corolla Cross, versi Toyota Corolla dengan gaya crossover bakal dilancarkan? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi dari sedikit yang dapat kita lihat, kelihatan seperti Corolla Cross akan mempunyai jalur LED DRL yang melintasi bahagian atas lampu hadapan.

Berdasarkan apa yang kita ketahui sejauh ini, Toyota Corolla Cross akan dibina pada platform TNGA-C seperti Toyota Corolla Altis dengan tetapan suspensi torsion beam yang berbeza. SUV ini diharap akan menjadi SUV yang lebih praktikal dengan but dan ruang kabin yang lebih besar berbanding Toyota C-HR.

Intipan: Toyota Corolla Cross, versi Toyota Corolla dengan gaya crossover bakal dilancarkan? 01

Dari segi tren kuasa, Corolla Cross akan hadir dengan enjin petrol 1.8 liter NA dan 1.8 liter hibrid.

Toyota Corolla Cross berkemungkinan besar akan menggunakan unit infotainment Corolla Altis tempatan iaitu sistem infotainment skrin sesentuh 9 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay.

Intipan: Toyota Corolla Cross, versi Toyota Corolla dengan gaya crossover bakal dilancarkan? 02

Malaysia berkemungkinan besar akan menerima Toyota Corolla Cross ini namun model ini hanya akan tiba sekitar akhir tahun 2020 atau awal 2021, bergantung kepada pelancaran debut secara global.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda