Intipan: Yamaha Y15ZR bakal terima facelift generasi ke 3 tahun 2021?
Haris · Sep 23, 2020 01:00 PM
Berdasarkan sebuah gambar intipan yang tular di laman sosial, ura-ura mengatakan bahawa terdapat 2 pandu uji oleh Yamaha. Sebuah motosikal jenis ‘sportbike’ dan sebuah motosikal jenis ‘moped’ telah dipandu uji sekitar Bukit Tagar ke Bestari Jaya.
Walaubagaimanapun, motosikal jenis ‘moped’ telah berjaya dirakam dan dimuatnaik di laman Facebook. Motosikal misteri tersebut kelihatan seperti sebuah Yamaha Exciter 150 pasaran Vietnam atau Yamaha MX King pasaran Indonesia.
Perubahan yang boleh dilihat adalah kemaskini rekaan badan. Yamaha Exciter 150 dan Yamaha MX King juga menggunakan lampu hadapan LED. Dijangka bahagian enjinnya masih dikekalkan iaitu penggunaan enjin silinder tunggal 155cc SOHC VVA yang menjana 19.04 PS kuasa kuda dengan 14.7Nm tork.
Sebelum ini, Yamaha telah memperkenalkan Yamaha MT-25 dan Yamaha MT-15 yang bakal menjengah pasaran hujung tahun ini. Yamaha Malaysia nampaknya tidak mahu berhenti setakat itu berdasarkan pandu uji moped terbaru ini. Adakah Yamaha Y15ZR V3 bakal menjengah pasaran pada tahun hadapan?
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.
Komen