window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ioniq 5 akan capai jualan unit ke-90,000 tak lama lagi; EV paling laris dari Hyundai Motor

Mersita Β· May 15, 2022 06:00 PM

Ioniq 5 akan capai jualan unit ke-90,000 tak lama lagi; EV paling laris dari Hyundai Motor 01

Ioniq 5 keluaran Hyundai Motor akan menjual unit ke-90,000 semenjak kereta elektrik (EV) ini dilancarkan secara rasmi baru setahun yang lalu.

Menurut satu kenyataan, syarikat itu telah menjual 88,871 unit setakat Mac 2022; 33,212 unit di Korea dan 55,658 unit di luar negara.

Ioniq 5 akan capai jualan unit ke-90,000 tak lama lagi; EV paling laris dari Hyundai Motor 02

Ioniq 5 mula-mula dilihat sebagai EV konsep Hyundai 45

Pencapaian ini membuatkan Ioniq 5 EV paling berjaya dari Hyundai setakat ini. Walau di Indonesia, syarikat berkenaan telah menerima lebih daripada 1,587 tempahan sejak ia dilancarkan secara rasmi kurang daripada sebulan lalu (22 April 2022).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jumlah ini lebih sekali ganda berbanding jumlah jualan EV di negara itu pada sepanjang tahun 2021, apabila hanya 693 unit EV didaftarkan.

Ioniq 5 akan capai jualan unit ke-90,000 tak lama lagi; EV paling laris dari Hyundai Motor 01

Ioniq 5 teramatlah popular sehinggakan Hyundai masuk semula ke pasaran Jepun

Di Korea, Ioniq 5 buat masa ini merupakan EV terlaris memandangkan jualan model ini merangkumi 31.59 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan iaitu 22,597 tahun lalu.

Ioniq 5 adalah EV pertama dilancarkan di bawah sub-jenama elektrik tulen yang baharu oleh Hyundai, Ioniq. EV ini juga adalah kereta pertama dibina di atas platform khusus EV Hyundai, iaitu Electric-Global Modular Platform (E-GMP).

Juga baca: Ioniq 5 CKD laku kaw, sumbang 50% daripada jumlah tempahan Hyundai di Indonesia Motor Show 2022

Ioniq 5 akan capai jualan unit ke-90,000 tak lama lagi; EV paling laris dari Hyundai Motor 02

Inspirasi rekaan kereta ini datang daripada kereta produksi pertama syarikat itu, Hyundai Pony, yang amat-amat popular dikalangan warga Korea pada zaman 1970-an. Anda boleh nampak dari rupa bentuknya yang retro.

Selain itu, Ioniq 5 juga mempunyai kebolehan pengecasan 800V ultra-pantas yang boleh dicas dari 10 peratus ke 80 peratus dalam masa hanya 18 minit. EV ini juga boleh dipandu sejauh 428 km dengan bateri yang dicas penuh.

Juga baca: EV Hyundai IONIQ 5 dilancar di Malaysia – dari RM 199.9k, jarak pandu 430 km, ada powerbank!

Ioniq 5 akan capai jualan unit ke-90,000 tak lama lagi; EV paling laris dari Hyundai Motor 03

EV ini juga telah menerima beberapa pengiktirafan dalam tahun pelancarannya, termasuklah World Car of the Year daripada World Car Awards, German Car of the Year, UK Car of the Year, dan Auto Express Car of the Year.

Di Malaysia pula, Hyundai Sime Darby Motor (HSDM) melancarkan Ioniq 5 pada Mac 2022 dengan harga bermula dari RM 199,888 hingga RM 259,888. Walau di Malaysia, Ioniq 5 ternyata amat popular dikalangan pembeli apabila HSDM mengatakan semua unit tersedia habis terjual dalam masa sebulan sejak dilancarkan!

Juga baca: Tempahan untuk Ioniq 5 dan Hyundai Kona Electric di Malaysia melebihi peruntukan, HSDM bakal tambah lagi!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Hyundai Ioniq 5 Lite

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda