window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isu basikal lajak: Ketika netizen berbalah, wartawan ini dedah ada kerja dah dibuat komuniti berbasikal!

Khairil ยท Apr 18, 2022 04:00 PM

Isu basikal lajak: Ketika netizen berbalah, wartawan ini dedah ada kerja dah dibuat komuniti berbasikal! 01

Kemelut membabitkan kemalangan ngeri meragut lapan nyawa pelumba basikal lajak jalanan dan pemandu kereta Sam Ke Ting berterusan dan kekal menjadi perdebatan hangat orang ramai sekalipun kes berkenaan sudah lima tahun berlaku.

Kepada sesiapa yang 'dekat' dengan kes berkenaan terutama wartawan yang melaporkan, ia bagaikan tiada kesudahan dengan beberapa keputusan mahkamah termasuk yang terbaharu (penjara 6 tahun kepada Ke Ting) berterusan menjadi bahan pertikaian terutama oleh netizen.

Juga baca: Wanita langgar mati geng basikal lajak di JB masuk penjara 6 tahun, didenda RM 6,000 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Isu basikal lajak: Ketika netizen berbalah, wartawan ini dedah ada kerja dah dibuat komuniti berbasikal! 01

Antaranya wartawan yang mendakwa dirinya 'dekat' dengan kes berkenaan adalah bekas wartawan New Straits Times, Arnaz M. Khairul yang baru-baru ini meluahkan pandangannya mengenai kes itu di themalaysianinsight.com.

Memetik komentar Arnaz juga wakil Asia Tenggara dalam International Association of Cycling Journalists (AIJC), dia enggan berbicara lanjut mengenai keputusan mahkamah namun menaikkan sifat angkuh dan tidak rasional segelintir netizen yang tidak berlandaskan fakta sebenar.

Isu basikal lajak: Ketika netizen berbalah, wartawan ini dedah ada kerja dah dibuat komuniti berbasikal! 02

Sekalipun mengakui keluarga mangsa lapan kanak-kanak yang maut itu harus disalahkan dan diambil tindakan, fokusnya adalah kepada netizen yang disifatkan sebagai 'pakar segera' yang berterusan memuatnaik gambar dan video lama berkaitan basikal lajak ini sekalipun ia bukan video yang baharu.

Mengimbas kembali kejadian lima tahun lalu, ketika netizen 'berkelahi' di media sosial, Arnaz berkata komuniti berbasikal di seluruh negara telah melakukan kerja ketika itu. 

Juga baca: Kes basikal lajak: Mengapa kali ini tertuduh bersalah? Kami tanya pendapat peguam

Isu basikal lajak: Ketika netizen berbalah, wartawan ini dedah ada kerja dah dibuat komuniti berbasikal! 03

Turut membandingkan isu basikal lajak dengan basikal nyamuk yang juga hangat satu ketika dulu, ia sudah pun menjadi antara 'platform' kejayaan termasuk kepada bekas juara dunia dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Azizulhasni Awang. 

Isu basikal lajak: Ketika netizen berbalah, wartawan ini dedah ada kerja dah dibuat komuniti berbasikal! 04

Azizulhasni Awang

Jaguh berbasikal berasal dari Johor, Mohd Shah Firdaus Sahrom juga datang dari lumba basikal nyamuk di Muar.

Susulan kes yang terjadi pada 2017, Arnaz mendakwa sudah banyak kerja yang dilakukan komuniti berbasikal termasuk Kementerian Belia dan Sukan, pihak berkuasa dengan cara menyantuni dan mendekati budak-budak lajak ini dan menarik mereka ke haluan yang betul.

Isu basikal lajak: Ketika netizen berbalah, wartawan ini dedah ada kerja dah dibuat komuniti berbasikal! 05

Mohd Shah Firdaus Sahrom (kanan)

"Anda harus faham jiwa anak-anak remaja ini jika niat anda ikhlas mahu menyelamatkan mereka," katanya sambil memberi contoh komuniti yang dilakukan di Terengganu, Johor, Kedah dan Melaka.

Dan katanya, selepas lima tahun berlalu, kes basikal lajak didakwa tidak seserius dulu. Untuk membaca lebih lanjut komentar Arnaz, pautannya di sini.

Juga baca: Kes maut remaja basikal lajak tak adil, Sam Ke Ting akhirnya fail rayuan ke Mahkamah Rayuan

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda