window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isu bekalan cip kereta akan pulih menjelang 2023; tempoh menunggu dijangka pendek tapi harga mungkin naik

Faisal · Sep 1, 2022 05:00 PM

Isu bekalan cip kereta akan pulih menjelang 2023; tempoh menunggu dijangka pendek tapi harga mungkin naik 01

Berdasarkan keterangan pakar ekonomi Moody’s Analytics oleh Tim Uy, isu bekalan cip semikonduktor yang melanda secara global mungkin akan kembali pulih pada tahun 2023. Apapun, harganya akan naik.

Isu bekalan cip kereta akan pulih menjelang 2023; tempoh menunggu dijangka pendek tapi harga mungkin naik 02

Penghasilan cip di salah satu tempat fakbrikasi TSMC.

Menurut laporan terkini mereka yang bertajuk “The Uncertain Future of the Chip Shortage”, Uy berkata bahawa sejak beberapa tahun ini, tempoh ‘lead time’ untuk pembuatan cip makin melarat tetapi sejak berlakunya pandemik, bulan lalu adalah kali pertama metrik itu menurun iaitu dari 27.1 minggu kepada 27 minggu.

Untuk makluman anda, lead time di sini bermaksud masa yang diambil untuk cip sampai kepada pengguna.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selama ini, apa sebenarnya yang membuatkan ia lambat?

Isu bekalan cip kereta akan pulih menjelang 2023; tempoh menunggu dijangka pendek tapi harga mungkin naik 01

Salah satu tempat fabrikasi TSMC yang ada di China.

Isu bekalan cip yang terhad ini bermula apabila cip paling canggih di dunia (7nm atau lebih kecil) yang kebanyakannya dihasilkan di Taiwan dan Korea Selatan memerlukan “kos kemasukan yang signifikan” untuk pasaran luar tembus.

Juga bacaBekalan cip semikonduktor berkurang, produksi kereta di Malaysia akan terganggu

Pandemik yang berlaku pula mengalakkan lagi permintaan peranti digital. Begitu juga dengan peningkatan penggunaan kenderaan elektrik (EV). Kalau anda nak tahu, EV memerlukan lebih banyak cip canggih. Berbanding kereta lama, cip yang diperlukan oleh EV boleh mencecah 10 unit lebih banyak.

Isu bekalan cip kereta akan pulih menjelang 2023; tempoh menunggu dijangka pendek tapi harga mungkin naik 02

SUV Li Auto L9 EV menggunakan cip Qualcomm Snapdragon SA8155P sebagai tarikan jualannya.

Pilihan cip yang dihasilkan juga pun satu lagi masalah. Walaupun cip lama masih banyak diguna, pengeluarannya tidaklah lagi banyak daripada cip yang baru. Antara sebabnya adalah cip baru yang lebih canggih sebenarnya lebih menguntungkan.

Isu bekalan cip kereta akan pulih menjelang 2023; tempoh menunggu dijangka pendek tapi harga mungkin naik 03

Casis Li Auto L9.

Antara punca isu bekalan cip yang melanda juga termasuklah faktor geopolitik, perubahan cuaca dan iklim, lockdown dan polisi Covid sifar di China, gempa bumi dan kilang terbakar di Jepun, perang Rusia-Ukraine, ribut salji di Texas dan kemarau di Taiwan.

Juga bacaKurangkan kebergantungan, Hyundai-Kia percepatkan rancangan keluarkan cip semikonduktor sendiri

Untuk makluman anda, pasaran automotif adalah pelanggan ke-4 terbesar selepas industri pemprosesan data, komunikasi dan elektronik.

Apa yang patut dijangka untuk 2023 dan akan datang?

Isu bekalan cip kereta akan pulih menjelang 2023; tempoh menunggu dijangka pendek tapi harga mungkin naik 04

Honda Civic biasa anda pun sekurang-kurangnya pakai ratusan atau ribuan bilangan cip.

Isu bekalang cip ini telah menjejaskan ekonomi global dan banyak negara telah mengalami kenaikan kadar inflasi. Jadi, kenaikan harga juga tidak mustahil.

Lagipun, kedua-dua syarikat Intel dan TSMC juga telah memberi tanda awal bahawa mereka akan menaikkan harga sebelum tahun ini berakhir dan juga tahun 2023 kerana kos bahan mentah dan produksi telah meningkat.

Isu bekalan cip kereta akan pulih menjelang 2023; tempoh menunggu dijangka pendek tapi harga mungkin naik 05

Menurut kaji selidik dari Deloitte, elektronik dalam sektor automotif merangkumi 40% daripada harga kereta. Ia melibatkan komponen seperti pengurusan enjin, penyuntik bahan api, pengawal transmisi, modul lampu dan bermacam-macam lagi. Itu belum masuk ADAS.

Jadi, peningkatan kos produksi secara tidak langsung akan menaikkan juga harga kereta.

Juga bacaTunggu kereta lebih lama? Pengeluar cip sahkan masih belum dapat penuhi permintaan industri automotif

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda