Isu cip: Toyota Yaris Ativ/Vios ‘tapau’ jualan Honda City, Nissan Almera di Thailand pada Mei 2021!
Zamil Syaheer · Jul 21, 2021 01:00 PM
0
0
Toyota Yaris Ativ (atau Toyota Vios seperti yang diketahui oleh rakyat Malaysia) telah mendahului kategori penjualan sedan segmen B pada Mei 2021 di Thailand dengan mengatasi pesaing terdekatnya, Honda City.
Data penjualan yang dikumpulkan oleh headlightmag.com menunjukkan penjualan Yaris Ativ pada bulan Mei 2021 berjumlah 1,550 unit, sementara Honda City pula dibelakang dengan 1,402 unit.
Di tempat yang terakhir adalah adalah Nissan Almera, dengan 1,128 unit terjual pada bulan yang sama.
Model/unit terjual
Mei 2021
Kumulatif 2021
Honda City
1,402
9,330
Nissan Almera
1,128
7,827
Toyota Yaris Ativ
1,550
7,545
Secara kumulatif (Januari hingga Mei 2021), City masih mendahului carta penjualan dengan 9,330 unit terjual, mendahului 7,827 unit bagi Almera dan 7,545 unit bagi Yaris Ativ.
Kekurangan cip yang mengganggu Honda Automobile Thailand
Bulan Mei merupakan bulan yang bermasalah bagi Honda Automobile Thailand kerana mereka terpaksa menghentikan pengeluaran kerana akibat kekurangan cip semikonduktor.
Berikutan kekurangan itu, Honda terpaksa menutup kilang Ayutthaya selama dua minggu pada bulan Mei, dan ini mempengaruhi pengeluaran kedua gaya badan Honda City di sana.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.