Isu cip: Toyota Yaris Ativ/Vios ‘tapau’ jualan Honda City, Nissan Almera di Thailand pada Mei 2021!

Zamil Syaheer · Jul 21, 2021 01:00 PM

Isu cip: Toyota Yaris Ativ/Vios ‘tapau’ jualan Honda City, Nissan Almera di Thailand pada Mei 2021! 01

Toyota Yaris Ativ (atau Toyota Vios seperti yang diketahui oleh rakyat Malaysia) telah mendahului kategori penjualan sedan segmen B pada Mei 2021 di Thailand dengan mengatasi pesaing terdekatnya, Honda City.

Isu cip: Toyota Yaris Ativ/Vios ‘tapau’ jualan Honda City, Nissan Almera di Thailand pada Mei 2021! 02

Terdapat juga varian Play dengan warna merah jambu.

Data penjualan yang dikumpulkan oleh headlightmag.com menunjukkan penjualan Yaris Ativ pada bulan Mei 2021 berjumlah 1,550 unit, sementara Honda City pula dibelakang dengan 1,402 unit.

Isu cip: Toyota Yaris Ativ/Vios ‘tapau’ jualan Honda City, Nissan Almera di Thailand pada Mei 2021! 03

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Di tempat yang terakhir adalah adalah Nissan Almera, dengan 1,128 unit terjual pada bulan yang sama.

Model/unit terjual Mei 2021 Kumulatif 2021
Honda City 1,402 9,330
Nissan Almera 1,128 7,827
Toyota Yaris Ativ 1,550 7,545

Secara kumulatif (Januari hingga Mei 2021), City masih mendahului carta penjualan dengan 9,330 unit terjual, mendahului 7,827 unit bagi Almera dan 7,545 unit bagi Yaris Ativ.

Isu cip: Toyota Yaris Ativ/Vios ‘tapau’ jualan Honda City, Nissan Almera di Thailand pada Mei 2021! 01

Kekurangan cip yang mengganggu Honda Automobile Thailand

Isu cip: Toyota Yaris Ativ/Vios ‘tapau’ jualan Honda City, Nissan Almera di Thailand pada Mei 2021! 02

Honda City RS e:HEV dengan warna Obsidian Blue Pearl

Bulan Mei merupakan bulan yang bermasalah bagi Honda Automobile Thailand kerana mereka terpaksa menghentikan pengeluaran kerana akibat kekurangan cip semikonduktor.

Isu cip: Toyota Yaris Ativ/Vios ‘tapau’ jualan Honda City, Nissan Almera di Thailand pada Mei 2021! 03

Terima kasih kepada Autofun.co.th untuk gambar City di Thailand.

Berikutan kekurangan itu, Honda terpaksa menutup kilang Ayutthaya selama dua minggu pada bulan Mei, dan ini mempengaruhi pengeluaran kedua gaya badan Honda City di sana.

Isu cip: Toyota Yaris Ativ/Vios ‘tapau’ jualan Honda City, Nissan Almera di Thailand pada Mei 2021! 04

Hasilnya, Honda City Hatchback tertinggal di belakang Toyota Yaris dalam carta penjualan hatchback di Thailand pada 20 Mei.

Juga baca: Toyota Yaris akhirnya 'tapau' Honda City Hatchback dalam penjualan Mei 2021 di Thailand!

Isu cip: Toyota Yaris Ativ/Vios ‘tapau’ jualan Honda City, Nissan Almera di Thailand pada Mei 2021! 05

Kehebatan Toyota dalam mengatasi situasi kekurangan cip membuatkan mereka kurang terkesan, dan mereka memanfaatkan situasi tersebut sebaik mungkin.

Juga baca: PKP 3.0 takkan seteruk ini jika Malaysia berfikiran seperti Toyota. Apa kaitannya?

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2021 Toyota Vios 1.5J

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru