window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isu ekzos bising – JPJ/polis bagi nasihat pula dahulu, takkan saman atau penjara terus

Faisal · Mar 29, 2021 12:00 PM

Isu ekzos bising – JPJ/polis bagi nasihat pula dahulu, takkan saman atau penjara terus 01

Mulai hari ini, kesalahan menggunakan ekzos bising pada motosikal hanya akan dikenakan notis untuk temu siasat.

Juga bacaIsu ekzos bising, hukuman kepada pengguna saja tidak adil - PPMM

Isu ekzos bising – JPJ/polis bagi nasihat pula dahulu, takkan saman atau penjara terus 02

Kredit: Sinar Harian.

Menurut Kementerian Pengangkutan, adalah lebih baik untuk pesalah menerima Notis 114 daripada tindakan saman di waktu-waktu yang mencabar ini. Untuk maklumat anda, Notis 114 bermaksud notis panggilan temu siasat. Mereka yang menerima notis ini perlu tampil untuk beri keterangan di mana-mana cawangan JPJ untuk membantu siasatan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Isu ekzos bising – JPJ/polis bagi nasihat pula dahulu, takkan saman atau penjara terus 01

Kredit: Wing Low.

Sebelum ini, kerajaan menguatkuasakan saman sehingga RM 2,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan terhadap pemilik motosikal yang menggunakan ekzos bising. Malah di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, pihak polis berhak menyita motosikal tersebut bagi mengelakkan kesalahan yang sama berulang.

Untuk pengetahuan anda, operasi khas ubah suai ekzos bising telah dijalankan sejak 1 Mac yang lalu. 

Juga bacaIsu ekzos bising – berapa tahap desibel (dB) maksima untuk elak denda RM 2,000/6 bulan penjara?

Isu ekzos bising – JPJ/polis bagi nasihat pula dahulu, takkan saman atau penjara terus 02

Kredit: Berita Harian.

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, dalam masa 5 hari sahaja, mereka sudah mengeluarkan sebanyak 10,166 saman.

Isu ini disentuh oleh Ahmad Zahid Hamidi yang mana beliau bersimpati dan berharap pihak polis dapat bertimbang rasa terhadap nasib rakyat ketika ini.

Sumber: Sinar Harian Online

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda