window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isu ekzos bising – berapa tahap desibel (dB) maksima untuk elak denda RM 2,000/6 bulan penjara?

Zamil Syaheer · Feb 23, 2021 08:00 PM

Isu ekzos bising – berapa tahap desibel (dB) maksima untuk elak denda RM 2,000/6 bulan penjara? 01

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan amaran tegas kepada pemilik kenderaan dan motosikal yang mengubahsuai ekzos mereka menjadi lebih bising, dimana mereka yang bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau 6 bulan penjara, jika disabitkan.

Isu ekzos bising – berapa tahap desibel (dB) maksima untuk elak denda RM 2,000/6 bulan penjara? 02

Imej dari Wing Low.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Azisman Alias berkata:

"Mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) setiap ekzos (dengan penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor hendaklah pada setiap masa diselenggarakan supaya berada dalam keadaan yang baik."

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Isu ekzos bising – berapa tahap desibel (dB) maksima untuk elak denda RM 2,000/6 bulan penjara? 01

Imej dari BERNAMA.

Selain itu, Azisman berkata, mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, polis diberikan kuasa untuk menyita motosikal dengan tujuan untuk mengelakkan daripada kesalahan berulang.

Amaran ini juga ditujukan untuk pemilik kereta agak mematuhi undang-udang dan peraturan jalan raya.

Isu ekzos bising – berapa tahap desibel (dB) maksima untuk elak denda RM 2,000/6 bulan penjara? 02

Namun begitu, ramai yang menyatakan rasa ketidakpuasan hati dengan amaran sebegini atas sebab beberapa perkara. Pertama, undang-undang yang digunapakai amat lapuk. Kaedah 103 direka pada tahun 1959, manakala Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan pula wujud pada tahun 1987. 

Sekarang tahun 2021, masih relevan lagi ke? Teknologi dah jauh berkembang, takkan nak lekat di takuk yang lama?

Isu ekzos bising – berapa tahap desibel (dB) maksima untuk elak denda RM 2,000/6 bulan penjara? 03

Kan dah kena bahan oleh netizen! Imej dari Gan W Yet.

Kemudian timbul kekeliruan dengan berapa had maksima bunyi yang dibenarkan bagi motosikal dan kereta. Semasa PDRM membuat pengumuman, sepatutnya mereka letak sekali maklumat infografik yang jelas supaya kita rakyat marhaen ini faham apa yang boleh dan apa yang tak boleh.

Isu ekzos bising – berapa tahap desibel (dB) maksima untuk elak denda RM 2,000/6 bulan penjara? 04

Kami ambil dari kitab terus!

Oleh itu, kami akan kongsikan kepada anda berapa had maksima bunyi berdasarkan ukuran desibel (dB) yang diambil dari Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) yang diterbitkan pada 16 Julai 1987.

Baiklah, apakah bacaan had maksima bunyi sesebuah ekzos kenderaan?

Isu ekzos bising – berapa tahap desibel (dB) maksima untuk elak denda RM 2,000/6 bulan penjara? 05

Ini cara pihak berkuasa melakukan ujian bunyi bising untuk motosikal.

Paras bunyi maksimum yang dibenarkan bagi kenderaan motor yang mempunyai dua roda atau tiga roda mengikut Standard A dan Standard B, iaitu:

Standard A
Kategori Kenderaan

Paras Bunyi Maksimum yang Dibenarkan (dB)

125 cc ke bawah 95
Melebihi 125 cc 99
Standard B
Kategori Kenderaan

Paras Bunyi Maksimum yang Dibenarkan (dB)

90 cc ke bawah 92
Melebihi 90 cc 95

Kemudian kita ada paras bunyi maksimum yang dibenarkan bagi kenderaan moto yang mempunyai lebih daripada tiga roda (tergolong dalam Standard C), seperti berikut:

Standard C
Kategori Kenderaan Paras Bunyi Maksimum yang Dibenarkan (dB)
Digunakan bagi membawa penumpang dan tidak lebih daripada 9 tempat duduk (termasuk tempat duduk pemandu) 80
Digunakan bagi membawa penumpang dan mempunyai lebih daripada 9 tempat duduk. Berat maksima dibenarkan tidak melebihi 3.5 tan metrik. 81
Digunakan bagi membawa barang, Berat maksimum dibenarkan tidak melebihi 3.5 tan metrik. Enjin kurang daripada 200 h.p. DIN. 81
Digunakan bagi membawa penumpang dan melebihi lebih daripada 9 tempat duduk. Berat maksimum dibenarkan melebihi 3.5 tan metrik. Enjin kurang daripada 200 h.p. DIN. 82
Digunakan bagi membawa penumpang dan melebihi lebih daripada 9 tempat duduk. Berat maksimum dibenarkan melebihi 3.5 tan metrik. Enjin 200 h.p. DIN atau lebih. 85
DDigunakan bagi membawa barang. Berat maksimum dibenarkan melebihi 3.5 tan metrik. Enjin kurang daripada 200 h.p. DIN. 86
Digunakan bagi membawa barang. Berat maksimum dibenarkan melebihi 3.5 tan metrik. Enjin 200 h.p. DIN atau lebih. 88

Isu ekzos bising – berapa tahap desibel (dB) maksima untuk elak denda RM 2,000/6 bulan penjara? 06

Ini pula bagi kereta.

Sejujurnya, terdapat banyak motosikal dan kereta dari kilang yang dilengkapi dengan sistem ekzos yang bising, terutamanya model berprestasi tinggi. Masalahnya, ini adalah bunyi standard dari kilang, jadi bagaimana angka desibel sebegini masih lagi relevan untuk masa kini?

Jika benar pihak berkuasa ingin semua rakyat untuk mematuhi peraturan sebegini, maka ianya perlu dikaji semula. Malah, hentikan penjualan ekzos 'aftermarket' atau 'custom' yang tidak mematuhi undang-undang.

Sekarang ada ekzos jenis 'valvetronic', yang boleh membuatkan ekzos jadi bising atau senyap dengan hanya menekan butang sahaja. Jadi apa guna tahan sebab lubang ekzos besar?

Isu ekzos bising – berapa tahap desibel (dB) maksima untuk elak denda RM 2,000/6 bulan penjara? 07

Negara maju seperti Jepun mempunyai persatuan khas untuk ekzos kereta yang digelar JASMA (Japan Automotive Sports Muffler Association), dimana mereka menetapkan syarat dan peraturan untuk ekzos 'aftermarket'. Bagi kereta, ekzos berprestasi 'aftermarket' yang diiktiraf oleh JASMA hanya mempunyai bacaan maksima 96 dB. Kan senang kalau peraturan jelas macam ni?

Tambahan pula, negara Jepun juga ada JMCA (Japan Motorcycle Accessories Association) khas untuk motosikal. Elok je diorang buat, betul tak?

Akhir kata, apa pendapat anda tentang isu ini? Adakah ia teramat penting ketika wabak pandemik Covid-19? Dah lah ramai yang terkesan dek PKP.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda