window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isuzu D-Max 2020 serba baru mula diekspot; Australia dahulu, seterusnya Eropah

Mersita ยท Sep 17, 2020 07:00 PM

Isuzu D-Max 2020 serba baru mula diekspot; Australia dahulu, seterusnya Eropah 01

Isuzu Motors Limited telah mengumumkan yang ekspot bagi trak pikap popular mereka, Isuzu D-Max, telahpun bermula. D-Max akan dipasang di loji Isuzu di Thailand dan akan diekspot ke Australia terlebih dahulu sebelum mula diekspot secara berperingkat ke negara-negara lain.

Isuzu D-Max 2020 serba baru sudah hampir setahun diperkenalkan di Bangkok Motor Expo dahulu. Sejak itu, D-Max berjaya mengekalkan statusnya sebagai pikap No.1 di Thailand. Ia menerima pelbagai anugerah, contohnya anugerah Trak Pikap Paling Popular 2019 dan macam-macam lagi.

Isuzu D-Max 2020 serba baru mula diekspot; Australia dahulu, seterusnya Eropah 02

Walaupun Isuzu telah mengesahkan yang mereka sudah mula mengekspot D-Max, mereka tidak menyatakan tarikh yang spesifik untuk kehadiran trak tersebut di Australia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tapi, mereka ada mengesahkan yang selepas trak tersebut berjaya sampai di Australia, sasaran seterusnya ialah mengekspot trak tersebut ke Eropah pula.

Isuzu D-Max 2020 serba baru mula diekspot; Australia dahulu, seterusnya Eropah 01

Isuzu berharap yang permulaan jualan ekspot ini akan menguatkan lagi perniagaan kenderaan komersial ringan syarikat tersebut. Perkara ini dikira sebagai salah satu cabaran penting bagi rancangan perniagaan jangkamasa sederhana syarikat tersebut.

Memandangkan Isuzu memfokuskan ekspot mereka ke Eropah terlebih dahulu, pasaran Asia Tenggara terpaksa menunggu lama sedikit. Di Malaysia, kami telahpun mengesahkan yang D-Max serba baru ini belum akan sampai di Malaysia dalam masa terdekat – sekurang-kurangnya sehingga tahun 2022.

Isuzu D-Max 2020 serba baru mula diekspot; Australia dahulu, seterusnya Eropah 02

Ini disebabkan oleh Isuzu Malaysia yang baru sahaja memperkenalkan naik-taraf penting dalam trak pikap ini pada 2019. D-Max kini boleh didapati dalam 11 varian, ditambah pula dengan pilihan enjin baru iaitu enjin turbodiesel 1.9 liter Isuzu yang lebih ringan – mampu menjana 150 PS dan 350 Nm.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda