Isuzu Filipina hari ini telah mengumumkan tarikh rasmi buat pelancaran Isuzu D-Max 2021 serba baru. Menurut acah yang dipertontonkan, Isuzu D-Max generasi baru akan dilancarkan di Filipina pada 4 Mac ini.
Menurut laporan media di Filipina, spesifikasi yang bakal ditawarkan mungkin sama seperti di Thailand. Perkara ini tidak hairan memandangkan ia akan diimport dari negara tersebut. Varian yang lebih atas mungkin hadir dengan enjin 3.0L turbodiesel DDi BluePower (190 PS, 450 Nm tork) yang telah dikemaskini.
Isuzu D-Max serba baru pernah dikesan di tanah air pada Disember yang lalu. Namun begitu, unit yang dijumpai ketika itu hanyalah sebagai penilaian untuk penyediaan alat ganti tempatan.
Ditambah pula dengan pemasangan tempatan (CKD) yang memerlukan komponen produksi disediakan terlebih dahulu, pelancarannya dijangka beransur pada tahun 2022. Buat masa ini, anda boleh ikuti kehebatan Isuzu D-Max di pasaran kita yang masih mampu mencabar Toyota Hilux dan Mitsubishi Triton di video bawah.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.