Isuzu D-Max 2024 facelift bakal dilancarkan di Malaysia pada bulan ini, RoI telah dibuka
Faisal · May 6, 2024 09:53 AM
0
0
Isuzu Malaysia telah mengesahkan bahawa Isuzu D-Max 2024 facelift akan dilancarkan dalam bulan ini iaitu pada 14 Mei.
Untuk yang berminat, syarikat itu juga telah membuka laman pendaftaran minat (RoI).
Untuk makluman anda, D-Max facelift yang bakal dilancarkan nanti bakal menyaksikan varian X-Terrain sebagai spesifikasi paling atas.
Setakat ini, pembaharuan untuk model di Malaysia masih belum disahkan tetapi di Thailand, kemaskini utama pada model 2024 ialah kamera sudut lebar buat sistem ADAS. Fungsi Adaptive Cruise Control (ACC) with Stop-and-Go dan brek kecemasan autonomi (AEB) juga dipertingkatkan hasil daripada 3D Imaging Stereo Camera dengan radar 2-pusat radar dan sistem pengesan 8-pusat.
Sama seperti dahulu,Isuzu D-Max facelift akan kekal diimport (CBU) dari Thailand.
Harga pula masih belum didedahkan tetapi model semasa dijual bermula RM 96,949 untuk varian 1.9L 4x4 MT Single Cab. Varian Double-Cab pula bermula RM 107,599 untuk 1.9L 4x4 MT, manakala varian dengan transmisi automatik 6-kelajuan bermula RM 114,999.
Varian mercu 3.0L 4x4 AT X-Terrain pula berharga RM 152,938.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.