window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isuzu D-Max 'cucuk' Triton & Hilux; 7k unit terjual setakat ini pada 2022, naik hampir 2x ganda sejak tahun lepas

Zamil Syaheer ยท Nov 6, 2022 12:00 PM

Isuzu D-Max 'cucuk' Triton & Hilux; 7k unit terjual setakat ini pada 2022, naik hampir 2x ganda sejak tahun lepas 01

Jualan Malaysia bagi Isuzu D-Max generasi ketiga telah menjadi pemenang bagi Isuzu, dengan jualan (setakat ini) pada 2022 hampir dua kali ganda daripada yang dicapai tahun lepas, sekaligus menjadikannya model terlaris mereka sejak penubuhan Isuzu Malaysia pada 2004.

Isuzu D-Max 'cucuk' Triton & Hilux; 7k unit terjual setakat ini pada 2022, naik hampir 2x ganda sejak tahun lepas 02

Pusat 3S terbaru mereka

"Tahun lepas, jualan [D-Max] ialah 4,600 unit. Tahun ini, pada akhir September, kami telah menjual sebanyak 7,000 unit. Jualan agak baik," kata Kenkichi Sogo, Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia. Beliau berkata demikian pada taklimat media pembukaan pusat 3S Autoexec Corporation mereka di Jinjang, Kepong, awal pagi Selasa lalu (1-Nov 2022).

Baca juga: Isuzu Malaysia tampil identiti baharu melalui pusat 3S Autoexec, cawangan ke-66 di Malaysia!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Isuzu D-Max 'cucuk' Triton & Hilux; 7k unit terjual setakat ini pada 2022, naik hampir 2x ganda sejak tahun lepas 01

D-Max X-Terrain yang dikemas kini menambah kamera 360, 'puddle light', pengecas wayarles Qi, dan plat sisi bercahaya

Angka-angka ini memberikan D-Max kira-kira 17 peratus bahagian pasaran trak pikap Malaysia, baik untuk tempat ketiga, di belakang Hilux yang mendominasi, diikuti oleh Triton.

Namun begitu, Isuzu Malaysia sudahpun memecahkan rekod jualan mereka, disokong oleh permintaan yang kukuh: Sogo berkata bahawa senarai menunggu menjangkau antara 3 hingga 4 bulan untuk varian tertinggi X-Terrain.

Baca juga: Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak!

Isuzu D-Max 'cucuk' Triton & Hilux; 7k unit terjual setakat ini pada 2022, naik hampir 2x ganda sejak tahun lepas 02

Varian Premium

Dan daripada ini, apakah yang paling diminati? "Model terlaris kami ialah Auto Premium. Nombor 2 ialah Auto Standard, dua ini adalah yang paling laris," kata Sogo, yang juga Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Bahagian Kenderaan Komersial Ringan.

Baca juga: Isuzu D-Max X-Terrain kemaskini 2022 dilancarkan di Malaysia - RM 147k, kini dengan 3 ciri baru!

Isuzu D-Max 'cucuk' Triton & Hilux; 7k unit terjual setakat ini pada 2022, naik hampir 2x ganda sejak tahun lepas 03

4x2 Auto Plus yang lebih mampu milik

Tidak sukar untuk memahami sebabnya, dan D-Max ialah trak hebat yang pastinya mempunyai banyak kelebihan, dan varian teratas yang dikemas kini, X-Terrain, membawa bersamanya pelbagai ciri ADAS.

Baca juga: Tak sampai setahun dalam pasaran, Isuzu D-Max generasi baru rangkul banyak anugerah automotif Malaysia!

Isuzu menawarkan kedua-dua varian single-cab dan double-cab. Harga Semenanjung Malaysia untuk adalah seperti di bawah:

Harga Isuzu D-Max 2022 di Malaysia
Varian Harga

Single Cab

1.9L 4x4 MT RM 92,449.20
3.0L 4x4 MT RM 98,388.40

Double Cab

1.9L 4x4 MT Standard RM 102,099.20
1.9L 4x4 AT Standard RM 109,499.20
1.9L 4x2 AT Auto Plus RM 102,999.20
1.9L 4x4 AT Premium RM 125,149.20
3.0L 4x4 AT Premium RM 131,638.40
3.0L 4x4 AT X-Terrain RM 146,938.40

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda