window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isuzu D-Max di Malaysia kini hadir dengan varian 1.9 4x2 Auto Plus, bermula RM 101k

Faisal ยท Oct 12, 2021 04:00 PM

Isuzu D-Max di Malaysia kini hadir dengan varian 1.9 4x2 Auto Plus, bermula RM 101k 01

Isuzu Malaysia sebentar tadi baru sahaja melancarkan Isuzu D-Max 1.9 4x2 Auto Plus. Varian terbaru yang diimport dari Thailand ini ditawarkan pada harga RM 100,999.20 (atas jalan, tanpa insurans, termasuk diskaun SST 50%).

Juga bacaIsuzu D-Max 2021 di Malaysia - enjin 3.0L baru, saiz lebih besar, warranti 7 tahun! Harga dari RM 89k

Harga Isuzu D-Max di Malaysia
Varian Harga
1.9 4x4 Single Cab (MT) RM 88,599.20
3.0 4x4 Single Cab (MT) RM 95,538.40
1.9 4x4 Standard (MT) RM 99,599.20
1.9 4x2 Auto Plus  RM 100,999.20
1.9 4x4 Standard (AT) RM 106,999.20
1.9 4x4 Premium (AT) RM 121,549.20
3.0 4x4 Premium (AT) RM 128,038.40
3.0 4x4 X-Terrain (AT) RM 141,938.40

Secara amnya, Isuzu D-Max 1.9 4x2 Auto Plus dikhususkan buat mereka yang mahukan jentera tahan lasak yang ringkas dan menjimatkan. Untuk itu, ia tidak didatangkan dengan transfer case, differential depan dan sistem pandu tambahan. Disebabkan itu, D-Max 4x2 Auto Plus ini hanya seberat 1,830 kg, iaitu 85 kg lebih ringan daripada varian 4x4.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Isuzu D-Max di Malaysia kini hadir dengan varian 1.9 4x2 Auto Plus, bermula RM 101k 01

Hadir dengan rim 17 inci.

Dari segi rupa paras, D-Max yang berpacuan dua roda ini kekal dengan gril kelabu matte, lampu projektor Bi-LED dengan DRL LED dan lampu kabus. Cumanya, pelekat pada bahagian belakang ditukar kepada “4x2 Auto Plus” untuk membezakannya dengan varian 4x4.

Isuzu D-Max di Malaysia kini hadir dengan varian 1.9 4x2 Auto Plus, bermula RM 101k 02

Pada bahagian dalam, ia tampil dengan ciri kamera undur yang dipaparkan pada skrin infotainment 7 inci. Penyambungan Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto turut ada. Secara keseluruhan, bahagian kabin D-Max 4x2 dihiasai dengan tempat duduk berkemasan fabrik.

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Isuzu D-Max di Malaysia kini hadir dengan varian 1.9 4x2 Auto Plus, bermula RM 101k 03

Berkenaan trenkuasa, ia juga kekal dengan enjin RZ4E-TC 1.9L turbodiesel yang menghasilkan 150 PS dan 350 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik 6 kelajuan.

Bagi mereka yang berminat, tempahan boleh dibuat bermula hari ini tetapi serah milik hanya akan dibuat seawal bulan November.

Juga bacaIngin membeli Isuzu D-Max 2021? Inilah gaji minimum yang anda perlu ada!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda