window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isuzu D-Max kini kedua terlaris selepas Hilux, lebih ramai pembeli di Semenanjung Malaysia!

Haris ยท Jul 5, 2021 04:00 PM

Isuzu D-Max kini kedua terlaris selepas Hilux, lebih ramai pembeli di Semenanjung Malaysia! 01

Jualan Isuzu D-Max serba baru di Malaysia telah melonjak dengan kadar 100% peningkatan tempahan sejak ia mula diperkenalkan. Hal ini mencerminkan fenomena global yang menyaksikan kenaikan ketara permintaan terhadap trak pikap generasi baharu yang sarat dengan penambahbaikan ini.

Isuzu D-Max kini kedua terlaris selepas Hilux, lebih ramai pembeli di Semenanjung Malaysia! 02

Purata tempahan dalam sebulan yang diterima kini lebih daripada 1,200 unit bagi model terbaru ini sejak ia dilancarkan pada April tahun 2021, mencatatkan lonjakan lebih 100% berbanding purata bulanan sebelum ini yang hanya 500 unit.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Isuzu D-Max kini kedua terlaris selepas Hilux, lebih ramai pembeli di Semenanjung Malaysia! 01

"Fenomena D-Max serba baru ini yang melanda beberapa pasaran adalah sesuatu yang membanggakan.

Aspek rekaan menarik, peningkatan dan tambahan ciri baru serta reputasi Isuzu yang terbukti telah menyumbang untuk meyakinkan pelanggan agar beralih ataupun menaik taraf kepada model Isuzu D-Max terbaru ini," ujar Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki.

Isuzu D-Max kini kedua terlaris selepas Hilux, lebih ramai pembeli di Semenanjung Malaysia! 02

Varian paling popular adalah Isuzu D-Max 1.9 liter Premium, dengan hampir 36% pembeli memilih varian ini.

Varian ini juga popular di Semenanjung Malaysia, dengan 61% jualan disumbangkan. Angka ini juga memecahkan tradisi nisbah jualan Sabah, Sarawak 60:40 Semenanjung yang sudah diterbalikkan.

Isuzu D-Max kini kedua terlaris selepas Hilux, lebih ramai pembeli di Semenanjung Malaysia! 03

"Penerimaan terhadap model baru ini sangat positif, mengambil kira kekangan yang kita hadapi ketika ini untuk mendekati dan mengalami sendiri kelebihannya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan protokol keselamatan yang dikenakan ketika ini.

Sasaran semasa kami adalah untuk memastikan penyerahan trak pikap ini berjalan lancar, selamat dan tepat masa kepada pemiliknya, walaupun dalam mendepani cabaran pengurusan serta logistik baik di pasaran tempatan mahupun global," tambah Suzuki.

Isuzu D-Max kini kedua terlaris selepas Hilux, lebih ramai pembeli di Semenanjung Malaysia! 04

Walau bagaimanapun, penjualan kenderaan pasti akan menurun selepas bulan Jun menyaksikan semua pengedar kereta ditutup semasa PKP 3.0 ini. Ditambah dengan gangguan bekalan cip yang berterusan, sukar untuk menyatakan model mana yang akan terus laris dalam beberapa bulan mendatang.

Bacaan Lanjut:

Isuzu D-Max kini trak pikap no.2 Malaysia - peningkatan jualan 50%, kini belakang Hilux!

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux!

40k unit terjual dalam suku pertama 2021, Isuzu D-Max tewaskan Hilux, Triton dan Ranger di Thailand!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda