window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isuzu D-Max menangkis Hilux, mengekalkan gelarannya sebagai Raja Pikap Thailand pada Jan & Feb 2022!

Zamil Syaheer ยท Apr 3, 2022 06:00 PM

Isuzu D-Max menangkis Hilux, mengekalkan gelarannya sebagai Raja Pikap Thailand pada Jan & Feb 2022! 01

Jelas sekali, rakyat Thailand menyukai trak mereka kerana sebanyak 65,923 unit telah dijual untuk dua bulan pertama tahun ini. Takhta Raja Pikap dipegang oleh Isuzu D-Max, mengekalkan gelarannya sebagai pikap terlaris negara serta kereta secara keseluruhan.

Isuzu D-Max menangkis Hilux, mengekalkan gelarannya sebagai Raja Pikap Thailand pada Jan & Feb 2022! 02

Seperti yang dilaporkan oleh Autolife Thailand, 29,847 unit Isuzu D-Max telah dijual pada Januari dan Februari 2022 dengan penguasaan pasaran sebanyak 45.3 peratus. Mengekori tidak jauh dari belakang ialah Toyota Hilux yang menyaksikan 25,942 unit dijual dalam tempoh yang sama.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Isuzu D-Max menangkis Hilux, mengekalkan gelarannya sebagai Raja Pikap Thailand pada Jan & Feb 2022! 01

Trak pikap 'modified' seperti ini disukai oleh ramai rakyat Thailand, termasuklah para pengeluar itu sendiri

Toyota Hilux mungkin trak pilihan di banyak pasaran termasuk Australia dan Malaysia tetapi di Thailand, D-Max yang mendahului. Anda boleh katakan bahawa D-Max sama popular dengan Myvi di Thailand kerana ia berada di mana-mana.

Baca juga: Isuzu D-Max menewaskan Toyota Hilux sebagai trak terlaris Thailand selama 2 tahun berturut-turut!

Isuzu D-Max menangkis Hilux, mengekalkan gelarannya sebagai Raja Pikap Thailand pada Jan & Feb 2022! 02

Sumber: Autolife Thailand

Walaupun trak pikap adalah raja di Thailand, tidak semua dicipta sama atau berkongsi populariti yang sama. D-Max dan Hilux adalah satu-satunya trak pikap yang mencapai jualan 5 angka pada bulan Januari dan Februari.

Seperti yang dilihat dalam jadual, menduduki tempat ketiga ialah Mitsubishi Triton yang menyaksikan 4,289 unit terjual manakala Ford Ranger menduduki tempat keempat dengan 3,784 unit.

Baca juga: Ford Ranger serba baharu 2022 dipamerkan di Bangkok Motor Show, lagi cun daripada Hilux?

Isuzu D-Max menangkis Hilux, mengekalkan gelarannya sebagai Raja Pikap Thailand pada Jan & Feb 2022! 03

D-Max dijual 216 kali lebih banyak daripada BT-50 dalam dua bulan pertama 2022

Walaupun pada asasnya ia adalah Isuzu D-Max lencana semula dengan sedikit reka bentuk Kodo yang disuntik ke dalam logamnya, hanya 138 unit Mazda BT-50 telah dijual di Thailand sepanjang dua bulan pertama 2022.

Jelas sekali, sudut premium yang cuba dijaja oleh Mazda tidak kena citarasa dengan pembeli Thailand. Namun begitu, D-Max itu sendiri jauh lebih daripada sekadar ‘trak pergi kerja’ seperti pendahulunya.

Baca juga: Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak!

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda