window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isuzu D-Max serba baru vs. Triton vs. Hilux – Mana satu pilihan berbaloi paling kaw?

Mersita · Apr 18, 2021 04:00 PM

Isuzu D-Max serba baru vs. Triton vs. Hilux – Mana satu pilihan berbaloi paling kaw? 01

Isuzu D-Max 2021 yang baru dilancarkan, Toyota Hilux yang baru terima facelift, dan Mitsubishi Triton baru – meriah betul pasaran trak pikap sekarang! Ada banyak model-model yang diperbaharui dan ada juga yang serba baru, pembeli pun pasti dah pening kepala nak pilih yang mana satu.

Isuzu D-Max serba baru vs. Triton vs. Hilux – Mana satu pilihan berbaloi paling kaw? 02

Kali ini kami nak bantu anda pilih trak pikap yang mana satu paling berbaloi untuk dibeli. Kami akan bandingkan varian berspesifikasi paling tinggi bagi setiap model (D-Max X-Terrain, Hilux Rogue, Triton Athlete) untuk lihat mana satu yang juara.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Isuzu D-Max serba baru vs. Triton vs. Hilux – Mana satu pilihan berbaloi paling kaw? 01

Rupa baharu dan penambahbaikan kecil, tapi disebaliknya ia masih lagi sebuah trak yang sudah berusia

Notis: Kami tak bandingkan sekali Ford Ranger dan Nissan Navara dalam entri ini atas dua sebab utama – (a) Ranger akan keluar model facelift tak lama lagi, dan (b) Navara masih lagi kekal sama secara mekanikalnya dari model sebelum facelift (sejak 2013). Jelas? Jom mulakan.

Spesifikasi: Harga lebih kurang sama

Isuzu D-Max serba baru vs. Triton vs. Hilux – Mana satu pilihan berbaloi paling kaw? 02

Apabila varian sama tinggi tahapnya dibandingkan, ketiga-tiga model berharga bawah RM 150,000 dengan Hilux berada pada tangga harga yang teratas.

Isuzu D-Max serba baru vs. Triton vs. Hilux – Mana satu pilihan berbaloi paling kaw? 03

Memang padanlah, kerana anda juga akan dapat enjin paling berkuasa pada Hilux dalam barisan ini. Enjin 1GD-FTV baharu di dalam Hilux (kuasa 150 PS, tork 400 Nm) didatangkan secara eksklusif dengan varian Hilux Rogue, memberikannya kuasa cukup padu.

Varian lain masih lagi dengan enjin lama 2.4 liter yang menjana 150 PS dan 400 Nm.

Isuzu D-Max serba baru vs. Triton vs. Hilux – Mana satu pilihan berbaloi paling kaw? 04

Perkara yang lebih kurang sama boleh diperkatakan untuk enjin 4N15 aluminium Triton yang ringan. Ia agak lincah dengan janaan kuasa maksima 181 PS dan tork 430 Nm, dan ia juga lebih senyap sedikit berbanding yang lain.

Isuzu D-Max serba baru vs. Triton vs. Hilux – Mana satu pilihan berbaloi paling kaw? 05

Enjin 3.0 liter di dalam D-Max ialah enjin baru dengan kod nama 4JJ3-TCX dimana kini ia menjana 13 Ps dan 70 Nm lebih lagi berbanding enjin lama. Oleh itu, kuasanya meningkat kepada 190 PS dan tork 450 Nm. Bagi kami, enjin D-Max baru inilah yang paling diperhalusi berbanding yang lain – dengan penghantaran kuasa yang linear dan lancar.

Kelengkapan – Salah satu daripadanya ada ACC dengan ‘Stop and Go’!

Isuzu D-Max serba baru vs. Triton vs. Hilux – Mana satu pilihan berbaloi paling kaw? 06

Ketiga-tiga model ini agak lengkap jika peralatan serta fungsi-fungsinya dibandingkan. D-Max kini dipadatkan dengan kelengkapan ADAS yang cukup banyak.

Malah, ia melangkaui jumlah kelengkapan yang ada pada Triton (dan juga beberapa sedan segmen C) kerana ia didatangkan dengan Kawalan Peluncuran Adaptif (Adaptive Cruise Control – ACC) dengan fungsi ‘stop and go’.

Isuzu D-Max serba baru vs. Triton vs. Hilux – Mana satu pilihan berbaloi paling kaw? 07

Walau bagaimanapun, D-Max tiada kamera 3D 360 darjah seperti yang didatangkan dalam Triton dan Hilux.

Kami rasakan ia boleh jadi salah satu faktor dalam artikel ‘Potong Stim’ kami kerana kamera ini amat berguna terutama sekali apabila hendak keluar masuk ruang parkir yang sempit.

Isuzu D-Max serba baru vs. Triton vs. Hilux – Mana satu pilihan berbaloi paling kaw? 08

Selain daripada sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, ketiga-tiga model ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin berserta corong belakang, kawalan iklim automatik, sarung kerusi kulit, dan juga stereng teleskopik.

Isuzu D-Max serba baru vs. Triton vs. Hilux – Mana satu pilihan berbaloi paling kaw? 09

Tempat duduk belakang Triton adalah yang terbaik dalam segmennya, sarung kerusi kulit warna coklat hanya untuk D-Max

Perlu diingatkan yang Triton kekal juara dalam aspek tahap keselesaan penumpang. Ya, memang D-Max dan Hilux hebat dipandu, tetapi Triton menawarkan keselesaan penumpang yang paling hebat terutama sekali di barisan belakang kerana tempat duduknya tersandar ke belakang sedikit. Taklah tegak saja duduk sepanjang perjalanan.

Saiz – Lebih kurang sama

Isuzu D-Max serba baru vs. Triton vs. Hilux – Mana satu pilihan berbaloi paling kaw? 10

Dari segi saiz, ketiga-tiga model ini tiada banyak bezanya. Oleh itu, jika anda masuk ke ruang kabinnya, ruang kaki dan atas kepala lebih kurang sama saja.

Isuzu D-Max serba baru vs. Triton vs. Hilux – Mana satu pilihan berbaloi paling kaw? 11

Triton, dibandingkan dengan pesaingnya, mempunyai jarak roda yang lebih pendek. Oleh itu, ia lebih tangkas dan mempunyai radius pusingan 5.9 meter yang terbaik dalam kelasnya.

Anda pasti akan terasa lebih sukar untuk membuat pusingan U dengan D-Max dan Hilux kerana ia mempunyai radius pusingan 6.2 meter dan 6.4 meter masing-masing.

Isuzu D-Max serba baru vs. Triton vs. Hilux – Mana satu pilihan berbaloi paling kaw? 12

D-Max dan Triton akan terasa lebih seimbang daripada Hilux

Selain daripada pengendalian, panjang ‘flatbed’ juga memainkan peranan. Jarak roda yang pendek bermaksud Triton tidak terasa begitu seimbang seperti Hilux apabila ia dipenuhi muatan.

Tambahan pula, beban ‘flatbed’ di belakang yang memanjang kadangkala menyebabkan bahagian belakang trak tergesel pada permukaan jalan apabila dipandu mendaki jalan yang curam.

Isuzu D-Max serba baru vs. Triton vs. Hilux – Mana satu pilihan berbaloi paling kaw? 13

Apa-apa pun, ketiga-tiganya mampu membawa muatan yang berat di dalam ‘flatbed’ masing-masing. Ketinggiannya untuk menempuh air dalam cukup tinggi pada 700 mm bagi Triton dan Hilux, namun D-Max 100 mm lebih tinggi disebabkan oleh ‘intake’nya yang disusun-atur semula.

Kesimpulan – D-Max memang berbaloi-baloi

Isuzu D-Max serba baru vs. Triton vs. Hilux – Mana satu pilihan berbaloi paling kaw? 14

Barisan model yang bersaing antara satu sama lain ini teramatlah kompetitif dan dengan sekali imbas, agak sukar bagi kami untuk pilih pemenang keseluruhannya.

Isuzu D-Max serba baru vs. Triton vs. Hilux – Mana satu pilihan berbaloi paling kaw? 15

Persaingannya cukup sengit apabila semua faktor dan aspek dibandingkan. Jika dikaji dengan lebih mendalam lagi, D-Max nampak gayanya lebih menyerlah dalam perbandingan ini disebabkan oleh ruang dalaman dwi-tonanya yang nampak mewah, pemanduan yang selesa, kelengkapan ACC (dengan fungsi stop-and-go), serta skrin infotainmennya yang lebih besar.

Isuzu D-Max serba baru vs. Triton vs. Hilux – Mana satu pilihan berbaloi paling kaw? 16

Kesudahannya, apa pun keputusan anda terpulang pada citarasa dan keperluan masing-masing. Jika pembelian berbaloi yang anda cari, D-Max lulus lebih banyak kriteria yang ada. Mana satu yang anda lebih suka, terpulang pada anda.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Isuzu D-Max X-Series 2.5L 4×4 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda