window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isuzu D-Max Stealth dilancarkan! Terhad 180 unit, hanya RM 126 k sahaja!

Haris · Aug 6, 2020 03:00 PM

Isuzu D-Max Stealth dilancarkan! Terhad 180 unit, hanya RM 126 k sahaja! 01

Isuzu Malaysia memperkenalkan Isuzu D-Max edisi terhad terbaru yang dikenali dengan nama Stealth. Isuzu D-Max Stealth ini menonjolkan penggayaan yang lebih agresif dengan sentuhan rekaan yang eksklusif. Lebih eksklusif lagi, model ini hanya ditawarkan sebanyak 180 unit terhad di Malaysia!

Isuzu D-Max Stealth dilancarkan! Terhad 180 unit, hanya RM 126 k sahaja! 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Pelanggan yang mencari sebuah trak pikap yang tahan lasak dan boleh diharap dalam pasaran ketika ini akan menemui pakej penampilan dan prestasi yang mengujakan pada Isuzu D-Max Stealth.” jelas Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki.

Isuzu D-Max Stealth dilancarkan! Terhad 180 unit, hanya RM 126 k sahaja! 01

Isuzu D-Max Stealth ini menggunakan enjin 1.9 liter Ddi Blue Power yang sama dengan varian Isuzu D-Max 4x4 Premium AT. Sememangnya, enjin 1.9 liter Ddi Blue Power ini menerima banyak pujian dalam kalangan peminat dan pengkritik. Kami juga turut menyenaraikan enjin ini dalam senarai enjin yang paling dipercayai.

Isuzu D-Max Stealth dilancarkan! Terhad 180 unit, hanya RM 126 k sahaja! 02

Rekaan Isuzu D-Max Stealth bertemakan trak pikap urban premium. Penggunaan komponen dan bahagian hitam menggantikan kemasan krom pada varian biasa. Ini termasuk pada bahagian gril hadapan, lampu utama, lampu kabus, rel bumbung, kemasan bumper hadapan dan belakang.

Isuzu D-Max Stealth dilancarkan! Terhad 180 unit, hanya RM 126 k sahaja! 03

Untuk lebih eksklusif, model ini menerima rim 18-inci aloi dengan lencana nama Stealth. Lencana nama Stealth juga diletakkan pada bahagian pintu dan juga bahagian belakang bagi memberikan perbezaan dengan model varian biasa. Pintu ruangan kargo belakang juga didatangkan dengan ciri bukaan ringan (easy lift) bagi memudahkan penggunaan. 

Isuzu D-Max Stealth dilancarkan! Terhad 180 unit, hanya RM 126 k sahaja! 04

Satu lagi ciri menarik yang hadir pada Isuzu D-Max Stealth adalah pemijak sisinya yang boleh disimpan. Ciri ini terkenal pada SUV mewah seperti Range Rover namun anda boleh merasainya sendiri pada Isuzu D-Max Stealth ini. Selain itu, terdapat pencahayaan automatik di bahagian bawah kenderaan yang akan memudahkan lagi urusan naik dan turun.

Isuzu D-Max Stealth dilancarkan! Terhad 180 unit, hanya RM 126 k sahaja! 05

Bergerak ke bahagian dalam pula, anda akan menemui tempat duduk dengan tona warna merah dan hitam. Gabungan kemasan kulit dan fabrik memberikan anda kelebihan terbaik daripada kedua-duanya. Seperti biasa, tentulah logo Stealth disulam pada bahagian kerusi sebagai salah satu sentuhan eksklusif.

Isuzu D-Max Stealth dilancarkan! Terhad 180 unit, hanya RM 126 k sahaja! 06

Sebagai sebuah lagi sentuhan yang menarik, Isuzu D-Max Stealth mempunyai dashcam terbina dalam pada bahagian hadapan dan belakang. Dashcam ini mampu merakam video dalam definisi tinggi (HD) dan aktif sebaik sahaja enjin dihidupkan. 

Isuzu D-Max Stealth dilancarkan! Terhad 180 unit, hanya RM 126 k sahaja! 07

Dengan fungsi pengesan pergerakan, kamera pada bahagian sisi pula akan mula merakam ketika kenderaan diparkir sekiranya ada pergerakan dalam sudut 140 darjah atau ketika ia mengesan sebarang impak pada kenderaan. Rakaman boleh dimainkan semula pada telefon melalui aplikasi IROAD yang boleh dimuat turun dari Apple App Store atau Google Play.

Isuzu D-Max Stealth dilancarkan! Terhad 180 unit, hanya RM 126 k sahaja! 08

Isuzu D-Max Stealth didatangkan dengan jaminan istimewa tanpa had selama 7 tahun, Harganya bermula daripada RM 125,799.20 di Semenanjung Malaysia, manakala RM 128,176.20 di Sabah dan RM 128,220.30 di Sarawak (kesemua harga atas jalan, tidak termasuk insurans). 

Isuzu D-Max Stealth dilancarkan! Terhad 180 unit, hanya RM 126 k sahaja! 09

Bagi pelanggan terawal (bagi pendaftaran persendirian) yang mendaftar sepanjang Ogos, anda akan menerima sport roll bar atau memilih penutup T-Lid (bernilai RM 5.500) dengan harga promosi hanya RM 2,000 sahaja (sementara stok masih ada).  Layari laman sesawang Isuzu atau laman Facebook rasmi Isuzu  D-Max untuk maklumat lanjut.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda