window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isuzu D-Max X-Terrain sedia terima cabaran off-road Borneo Safari 2022 ke-30

Mersita · Oct 15, 2022 02:00 PM

Isuzu D-Max X-Terrain sedia terima cabaran off-road Borneo Safari 2022 ke-30 01

Selepas tampil memukau dengan penggayaan dalam persekitaran urban ketika Minggu Fesyen Kuala Lumpur tahun ini, Isuzu D-Max X-Terrain kini bersedia pula untuk menyahut cabaran lebih getir dalam acara off-road antarabangsa Borneo Safari, yang mana tiga unit trak pikap berkenaan akan digunakan sebagai kenderaan rasmi media untuk acara tersebut.

Isuzu D-Max X-Terrain sedia terima cabaran off-road Borneo Safari 2022 ke-30 02

Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah (SFWDA), Haji Faez Nordin yang menerima trak pikap berkenaan daripada Pengurus Pemasaran Isuzu Malaysia, Alan Lee, berterima kasih atas sokongan berterusan Isuzu terhadap acara seminggu yang dijangka bakal berlangsung pada penghujung Oktober ini, pertama kali selepas pandemik melanda sejak lebih dua tahun lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Isuzu D-Max X-Terrain sedia terima cabaran off-road Borneo Safari 2022 ke-30 01

Acara tahun ini dijangka akan menempuh permukaan dan laluan antara yang paling sukar di bahagian kaki gunung Kinabalu, berdekatan Kota Belud. Dengan pemandangan indah dan sungai bersih yang menyambut pengunjung, permukaan berbatu dan sukar juga akan memberikan cabaran yang bukan calang-calang untuk peserta dan jentera yang terlibat.

Isuzu D-Max X-Terrain sedia terima cabaran off-road Borneo Safari 2022 ke-30 02

“Acara dalam skala seperti ini memerlukan sokongan besar baik dari segi kewangan dan juga penggunaan kenderaan yang cukup berkeupayaan. Kami sangat berterima kasih kepada Isuzu Malaysia kerana sekali lagi menyediakan kami dengan Penajaan Platinum serta sebagai pembekal kenderaan rasmi media,” jelas Faez.

Isuzu D-Max X-Terrain sedia terima cabaran off-road Borneo Safari 2022 ke-30 03

Tahun ini, Borneo Safari akan kembali dengan lebih menarik selepas dua tahun tidak menemui peminatnya — sebagai meraikan kali ke-30 acara ini dianjurkan setakat ini. Ia juga bakal menyaksikan penampilan sulung Isuzu D-Max generasi ketiga X-Terrain ditugaskan untuk menakluk hutan tebal Borneo kali ini.

Isuzu D-Max X-Terrain sedia terima cabaran off-road Borneo Safari 2022 ke-30 04

“X-Terrain telah dipilih sebagai pembawa bendera kerana ia dilengkapi pelbagai ciri bantuan elektronik pintar. Digandingkan bersama kejuruteraan tinggi komponen mekanikalnya, kami percaya D-Max X-Terrain menggabungkan kepintaran dan ketangkasan yang diperlukan untuk menjadi satu daripada kenderaan off-road moden paling cekap dalam acara berkenaan,” jelas Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo.

Isuzu D-Max X-Terrain sedia terima cabaran off-road Borneo Safari 2022 ke-30 05

Isuzu D-Max X-Terrain kini akan mengikut tradisi panjang untuk berkhidmat sebagai kenderaan rasmi media sepanjang Borneo Safari, yang mana model generasi pertama dan keduanya juga pernah menggalas tanggungjawab itu sebelumnya.

Isuzu D-Max X-Terrain sedia terima cabaran off-road Borneo Safari 2022 ke-30 06

Ikuti laman Facebook rasmi Isuzu D-Max atau platform media sosial lain untuk mendapatkan kemaskini berkaitan Borneo Safari  yang akan bermula pada 30 Oktober hingga 6 November 2022. Akan turut diadakan adalah siri web “Tonton & Menang”, jadi jangan ketinggalan untuk terus memerhatikan platform yang dinyatakan dan berpeluang memenangi hadiah menarik.

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda