window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isuzu Malaysia tampil identiti baharu melalui pusat 3S Autoexec, cawangan ke-66 di Malaysia!

Haris · Nov 1, 2022 03:00 PM

Isuzu Malaysia tampil identiti baharu melalui pusat 3S Autoexec, cawangan ke-66 di Malaysia! 01

Isuzu Malaysia telah memperkenalkan reka bentuk pusat 3S baharunya hari ini berikutan pembukaan Pusat 3S Autoexec Corporation di Jinjang, Kepong, awal hari ini. Pusat 3S – jualan, perkhidmatan dan alat ganti – juga merupakan salah satu daripada 66 cawangan bilik pameran jenama itu di seluruh Malaysia.

Isuzu Malaysia tampil identiti baharu melalui pusat 3S Autoexec, cawangan ke-66 di Malaysia! 02

"Cawangan baharu ini menampilkan imej jenama yang kukuh untuk mencerminkan perubahan prospek perniagaan Isuzu. Elemen reka bentuk moden dan kemudahan yang dipertingkatkan direka untuk memastikan pelanggan bukan sahaja membeli produk terbaik, tetapi juga menerima pengalaman jualan dan selepas jualan yang sepadan di bawah satu bumbung," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe pada acara pembukaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beliau menambah bahawa reka bentuk baharu itu bertujuan untuk meningkatkan kehadiran Isuzu sambil menawarkan persekitaran pelanggan yang lebih mesra dan lebih inklusif.

Isuzu Malaysia tampil identiti baharu melalui pusat 3S Autoexec, cawangan ke-66 di Malaysia! 01

Pusat 3S Isuzu Autoexec Corporation baharu terletak di atas tanah seluas 1,400 meter persegi di Jalan Jinjang Permai di Kuala Lumpur. Ia menawarkan rangkaian penuh produk dan perkhidmatan Isuzu daripada trak pikap Isuzu D-Max kepada lori ringan, sederhana, serta jentera berat.

Baca: Cukup power bah? 81 peratus daripada Isuzu D-Max yang dijual di Thailand adalah varian 1.9 liter, bukan 3.0

Isuzu Malaysia tampil identiti baharu melalui pusat 3S Autoexec, cawangan ke-66 di Malaysia! 02

Lori berada di kawasan berbumbung, selesa untuk ditinjau

Isuzu Malaysia tampil identiti baharu melalui pusat 3S Autoexec, cawangan ke-66 di Malaysia! 03

Bilik pameran tampil dengan pendingin hawa, dan mempunyai ruang legar berbumbung untuk meninjau lori dalam keadaan yang selesa. Ia juga mempunyai pusat servis yang agak besar, mampu memuatkan empat kenderaan ringan dan dua trak tugas sederhana sekaligus. Hidangan ringan, serta barangan cenderahati disediakan kepada pelanggan.

Identiti jenama baharu untuk Isuzu Malaysia

Isuzu Malaysia tampil identiti baharu melalui pusat 3S Autoexec, cawangan ke-66 di Malaysia! 04

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pusat 3S ini adalah pusat yang pertama menampilkan reka bentuk baharu cawangan Isuzu Malaysia. Cawangan-cawangan berikutnya akan dapat dibezakan dengan logo Isuzu besar terpampang di hadapan bangunan, selain menara logo di pintu masuk.

Isuzu Malaysia tampil identiti baharu melalui pusat 3S Autoexec, cawangan ke-66 di Malaysia! 05

Pusat 3S dengan identiti baharu ini akan mempunyai ruang hadapan yang luas untuk pergerakan trak yang lebih mudah, dan bahagian dalam baharu yang dimodenkan lagi – perincian seperti panel maklumat digital, ruang penghantaran khusus untuk trak pikap dan kawasan paparan yang luas (termasuk ruang menonton kenderaan) semuanya adalah sebahagian daripada arkitektur ini.

Isuzu Malaysia tampil identiti baharu melalui pusat 3S Autoexec, cawangan ke-66 di Malaysia! 06

Selepas cawangan Autoexec Corporation ini, pengedar lain akan mengikuti reka bentuk semula bilik pameran wajah baharu ini tak lama lagi. Keseluruhan proses transformasi ini akan mengambil masa kira-kira 2 tahun untuk disiapkan, dengan keseluruhan rangkaian Isuzu Malaysia dijangka mempamerkan identiti baharu ini menjelang Disember 2024.

Autoexec Corporate 3S Centre beralamat di Lot 16254E, Jalan Jinjang Permai, Jinjang Utara, 52000 Kuala Lumpur.

Baca: Isuzu D-Max makin terkenal sebagai trak pikap 'lifestyle', 10 peratus pembeli pilih X-Terrain!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda