window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isuzu MU-X 2021 serba baru bukan sekadar D-Max dengan 7 tempat duduk

Mersita · Oct 28, 2020 07:00 PM

Isuzu MU-X 2021 serba baru bukan sekadar D-Max dengan 7 tempat duduk 01

Nampaknya Malaysia tidak berseorangan dalam kerancakan pelancaran kereta baru minggu ini. Thailand juga menerima pelancaran model terbaru minggu ini dengan keluaran terbaru Isuzu MU-X 2021 serba baru.

Isuzu MU-X 2021 serba baru bukan sekadar D-Max dengan 7 tempat duduk 02

Malah, sudah hampir setahun sejak D-Max serba baru dikeluarkan dan hakikatnya MU-X mempunyai DNA dari D-Max yang sememangnya sudahpun digemari ramai.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Luaran yang menonjol

Isuzu MU-X 2021 serba baru bukan sekadar D-Max dengan 7 tempat duduk 01

Di bahagian luarannya, MU-X tampak lebih menonjol berbanding D-Max dan keutamaannya di sini adalah kemewahan atau ‘luxury’. MU-X mempunyai rupa yang agresif dengan gril hadapannya yang besar. Mungkin ada yang ingat tentang gambar paten yang pernah bocor beberapa bulan yang lalu yang menonjolkan rupa bentuknya.

Isuzu MU-X 2021 serba baru bukan sekadar D-Max dengan 7 tempat duduk 02

Lampu hadapan bi-LED dan lampu DRL LED boleh didapati dalam beberapa varian, sama juga dengan pintu but berkuasa dengan perlindungan anti-sepit. Rupa bentuknya dilengkapkan dengan rim aloi yang boleh dipilih antara saiz 17, 18 atau 20 inci.

Isuzu MU-X 2021 serba baru bukan sekadar D-Max dengan 7 tempat duduk 03

Ada 6 warna menarik untuk dipilih iaitu Marrakesh Brown, Dolomite Pearl White, Etna Red, Bavarian Black Mica, Iceberg Silver, dan Bohemian Silver Metallic.

Dalaman yang mewah dan selesa

Isuzu MU-X 2021 serba baru bukan sekadar D-Max dengan 7 tempat duduk 04

Ruang dalaman MU-X serba baru diambil daripada D-Max serba baru tapi Isuzu menambah sentuhan mewah dengan material premium yang mereka suka gelarkan sebagai “masterpiece”. Beberapa varian didatangkan dengan pencahayaan ambien sekali dengan tempat duduk berbalut kulit warna coklat yang cantik untuk sentuhan yang lebih eksklusif.

Isuzu MU-X 2021 serba baru bukan sekadar D-Max dengan 7 tempat duduk 05

MU-X serba baru didatangkan dengan kerusi 3 barisan dan barisan belakang boleh dilipat rata untuk lebih ruang but. Ia juga didatangkan dengan brek parkir elektrik dengan fungsi penahan brek auto dan kawalan iklim dwi-zon automatik.

Isuzu MU-X 2021 serba baru bukan sekadar D-Max dengan 7 tempat duduk 06

SUV serba baru ini juga dilengkapi dengan skrin infotainmen 9 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Ia juga dipadatkan dengan port pengecas yang mencukupi dan juga satu soket elektrik pada konsol tengahnya bagi penumpang barisan kedua.

Tren kuasa yang boleh dipercayai

Isuzu MU-X 2021 serba baru bukan sekadar D-Max dengan 7 tempat duduk 07

Ada dua pilihan enjin yang ada pada MU-X serba baru ini yang dikongsi bersama D-Max. Pilihan pertama ialah enjin diesel 1.9 liter Ddi Blue Power dengan 4 silinder yang mampu menjana 150 PS dan 350 Nm.

Model spesifikasi tinggi pula menggunakan enjin diesel 3.0 liter Ddi Blue Power yang menjana 190 PS dan 450 Nm. Enjin-enjin ini dipadankan dengan samada transmisi manual 6 kelajuan atau automatik 6 kelajuan.

Isuzu MU-X 2021 serba baru bukan sekadar D-Max dengan 7 tempat duduk 08

MU-X serba baru menawarkan pemanduan yang lebih selesa, baik dan stabil. Ini dibantu dengan penggunaan tetapan ‘double wishbone’ di hadapan manakala di belakangnya pula menggunakan suspension ‘5-link’ yang dinaik-taraf.

Fungsi keselamatan yang moden

Isuzu MU-X 2021 serba baru bukan sekadar D-Max dengan 7 tempat duduk 09

Memandangkan MU-X serba baru ini ingin keluar lebih menonjol daripadanya abangnya iaitu D-Max, kelengkapan keselamatannya cukup pintar dengan suite keselamatan ADAS yang menggunakan kamera-kamera stereo yang serupa dengan EyeSight Subaru.

Ini berfungsi bersama dengan 2 radar dan 8 sensor yang dipasang di sekeliling SUV ini.

Isuzu MU-X 2021 serba baru bukan sekadar D-Max dengan 7 tempat duduk 10

Pelindung roda bukan standard

Beberapa kelengkapan keselamatan termasuklah ACC dengan ‘stop and go’, AEB, LDW, BSM, RCTA, dan lampu tinggi automatik. MU-X serba baru ini juga dipadatkan dengan 6 beg udara sebagai standard.

Senarai harga untuk Isuzu MU-X serba baru ini bermula dari THB 1.109 juta untuk 1.9 Active dan sehingga THB 1.579 juta untuk 3.0 Ultimate 4x4.

Dengan D-Max serba baru yang dijangka akan tiba di Malaysia pada 2022, mungkin MU-X boleh tiba bersama pada masa yang lebih kurang sama. Spesifikasi ini sememangnya mengagumkan untuk SUV bersaiz besar sebegini, terutamanya yang menawarkan ACC.

Kredit gambar: Autofun Thailand

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Isuzu mu-X Type S 2.5L 4×4 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda