window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Italjet Dragster 125, 200 kini rasmi di Malaysia, harga asas RM 29.5k, RM 34.8k!

Khairil ยท Oct 10, 2022 02:00 PM

 

Italjet Dragster 125, 200 kini rasmi di Malaysia, harga asas RM 29.5k, RM 34.8k! 01

Skuter dengan rekaan drastik, Italjet Dragster 125 dan Italjet Dragster 200 (2022) tiba secara rasmi di pasaran Malaysia dan seperti dijangka, datang dengan harga yang cukup 'wow'.
    
Untuk Italjet Dragster 125, harga asas yang ditawarkan adalah RM 29,500 manakala Italjet Dragster 200 dijual pada harga RM 34,800.

Italjet Dragster 125, 200 kini rasmi di Malaysia, harga asas RM 29.5k, RM 34.8k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti diketahui, skuter jenama Itali itu dibawa masuk oleh pengedar rasmi Italjet di pasaran Malaysia, Chear Global Sdn. Bhd. 

Italjet Dragster 125, 200 kini rasmi di Malaysia, harga asas RM 29.5k, RM 34.8k! 01

Tiga pilihan warga menarik ditawarkan iaitu:

  • Anthracite White Red
  • Anthracite Yellow
  • Black Grey

Italjet Dragster 125, 200 kini rasmi di Malaysia, harga asas RM 29.5k, RM 34.8k! 02

Italjet Dragster 125 dikuasakan enjin bersesaran 124 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang patuh piawaian emisi Euro 5.

Italjet Dragster 125, 200 kini rasmi di Malaysia, harga asas RM 29.5k, RM 34.8k! 03

Sistem transmisi adalah automatik CVT dengan kuasa yang dihasilkan adalah 12.5 Hp pada 9,500 rpm dan tork 10.5 Nm pada 7,750 rpm.

Italjet Dragster 200 pula dikuasakan enjin bersesaran 181 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang patuh piawaian emisi Euro 5.

Italjet Dragster 125, 200 kini rasmi di Malaysia, harga asas RM 29.5k, RM 34.8k! 04

Sistem transmisi juga adalah automatik CVT dengan kuasa dihamburkan 17.5 Hp pada 8,000 rpm dan tork 15.5 Nm pada 7,750 rpm. 

Italjet Dragster 125, 200 kini rasmi di Malaysia, harga asas RM 29.5k, RM 34.8k! 05

Sedia maklum, tiada perbezaan dari sudut rekaan daripada kedua-dua varian Dragster 125 dan 200 dan spesifikasi selain trenkuasa turut dikongsi.

Italjet Dragster 125, 200 kini rasmi di Malaysia, harga asas RM 29.5k, RM 34.8k! 06

Sebagai permulaan, Italjet Dragster 125 dan 200 memiliki kapasiti tangki bahan bakar yang sama iaitu 9 liter.

Italjet Dragster 125, 200 kini rasmi di Malaysia, harga asas RM 29.5k, RM 34.8k! 07

Apa yang membuatkannya nampak canggih adalah penggunaan sistem suspensi yang unik. Di bahagian depan, skuter ini menggunakan (I.S.S. single-arm and PAIOLI hydro-pneumatic adjustable shock absorber).

Italjet Dragster 125, 200 kini rasmi di Malaysia, harga asas RM 29.5k, RM 34.8k! 08

Sistem suspensi belakang juga menggunakan sistem sama oaitu jenis tunggal (single hydro-pneumatic adjustable shock absorber) dengan kedua-dua model menggunakan sistem yang sama.

Italjet Dragster 125, 200 kini rasmi di Malaysia, harga asas RM 29.5k, RM 34.8k! 09

Kedua-dua model juga menggunakan sistem brek yang sama iaitu brek cakera hidraulik bersaiz 200 mm (depan) dan 190 mm (belakang) yang dipadankan dengan kaliper Brembo serta lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Italjet Dragster 125, 200 kini rasmi di Malaysia, harga asas RM 29.5k, RM 34.8k! 10

Ciri-ciri lain untuk kedua-dua model adalah seperti sistem lampu LED penuh, set roda bersaiz 120/70-R12 (depan) dan 140/60-R13 (belakang) dengan ketinggian pelana adalah 770 mm.

Juga baca: Italjet lantik pesara MotoGP, Andrea Dovizioso sebagai duta

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda