window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Italjet Dragster 500GP tayang di EICMA 2022, rekaan lagi 'drastik', pelancaran dijangka 2 tahun lagi!

Khairil · Nov 11, 2022 09:00 AM

Italjet Dragster 500GP tayang di EICMA 2022, rekaan lagi 'drastik', pelancaran dijangka 2 tahun lagi! 01

Syarikat pengeluar motosikal Itali, Italjet menggunakan Pameran Motosikal Milan 2022 sebagai platform untuk menayangkan model skuter konsep dengan rekaan drastik terbaharunya, Italjet Dragster 500GP.

Italjet Dragster 500GP tayang di EICMA 2022, rekaan lagi 'drastik', pelancaran dijangka 2 tahun lagi! 02

Seperti diketahui, Italjet adalah syarikat yang menghasilkan skuter bertaraf premium dan itulah lebel yang diletakkan untuk Italjet Dragster 500GP yang diberikan gelaran 'hyper scooter'.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Italjet Dragster 500GP tayang di EICMA 2022, rekaan lagi 'drastik', pelancaran dijangka 2 tahun lagi! 01

Tetapi sedikit aneh, sekalipun rekaannya mengikuti 'lenggok' skuter, Italjet Dragster 500GP boleh dikatakan sebagai model kacukan skuter/motosikal konvensional kerana ia tidak dipadankan dengan sistem transmisi automatik.

Italjet Dragster 500GP tayang di EICMA 2022, rekaan lagi 'drastik', pelancaran dijangka 2 tahun lagi! 02

Sistem transmisi yang digunakan adalah kotak gear 6 kelajuan dengan klac manual. Dan sistem pacuan juga bukan menggunakan jenis tali sawat namun rantai.

Italjet Dragster 500GP tayang di EICMA 2022, rekaan lagi 'drastik', pelancaran dijangka 2 tahun lagi! 03

Dari sudut rekaan, ia tampak tidak begitu lari dengan model Italjet Drgaster 125 dan 200 yang baru saja dilancarkan di pasaran Malaysia.  Tetapi dimensinya sedikit panjang dengan penggunaan tayar yang lebar dengan rim aloi bersaiz 15 inci.

Italjet Dragster 500GP tayang di EICMA 2022, rekaan lagi 'drastik', pelancaran dijangka 2 tahun lagi! 04

Untuk nampak sedikit gagah dan ala 'big bike', saiz tayar yang digunakan adalah 120/70 (depan) dan 160/60 (belakang).

Italjet Dragster 500GP tayang di EICMA 2022, rekaan lagi 'drastik', pelancaran dijangka 2 tahun lagi! 05

Dan antara perbezaan ketara adalah Italjet Dragster 500GP ini tidak menggunakan Independent Steering System (ISS) yang agak radikal namun menggunakan fork jenis terbalik (USD) 47 mm.

Italjet Dragster 500GP tayang di EICMA 2022, rekaan lagi 'drastik', pelancaran dijangka 2 tahun lagi! 06

Italjet Dragster 200

Suspensi belakang pula menggunakan penyerap hentak berkembar namun diposisikan miring dan lengkap dengan ciri boleh laras. Sistem ekzos yang digunakan juga jenis berkembar dengan rekaan 'underbelly'.

Italjet Dragster 500GP tayang di EICMA 2022, rekaan lagi 'drastik', pelancaran dijangka 2 tahun lagi! 07

Mengulas bahagian trenkuasa, model ini dipadankan dengan enjin 450 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, DOHC dengan enjin itu diposisikan di bawah pelana.

Italjet Dragster 500GP tayang di EICMA 2022, rekaan lagi 'drastik', pelancaran dijangka 2 tahun lagi! 08

Kuasa yang dihasilkan skuter yang menggunakan kerangka trellis ini adalah pada angka 43 Hp pada 8,000 rpm dan tork 43 Nm pada 6,000 rpm.

Italjet Dragster 500GP tayang di EICMA 2022, rekaan lagi 'drastik', pelancaran dijangka 2 tahun lagi! 09

Untuk meningkatkan ciri 'big bike' lagi, sistem brek yang digunakan adalah cakera berkembar bersaiz 270 mm (depan) dam cakera tunggal 230 mm (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Sebagai model premium, kaliper brek yang digunakan adalah dari jenama Brembo Stylema.

Italjet Dragster 500GP tayang di EICMA 2022, rekaan lagi 'drastik', pelancaran dijangka 2 tahun lagi! 10

Informasi penting lain adalah seperti berat 180 kg, kapasiti tangki bahan api 12 liter dan ketinggian pelana 820 mm.

Italjet Dragster 500GP tayang di EICMA 2022, rekaan lagi 'drastik', pelancaran dijangka 2 tahun lagi! 11

Ketua Pegawai Eksekutif Italjet, Massimo Tartarini

Dipamerkan sebagai model konsep, Italjet dikatakan meletakkan sasaran untuk menjual model berkenaan pada tahun 2024. Kepada yang minat, bolehlah menabung dari sekarang kerana dengan lencana Italjet, harganya juga 'kayangan'.

Juga baca: Italjet Dragster 125, 200 kini rasmi di Malaysia, harga asas RM 29.5k, RM 34.8k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda