window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Italjet lantik pesara MotoGP, Andrea Dovizioso sebagai duta

Khairil ยท May 19, 2021 09:00 PM

Italjet lantik pesara MotoGP, Andrea Dovizioso sebagai duta 01

Tiga kali naib juara dunia MotoGP, Andrea Dovizioso dilantik sebagai duta kepada jenama motosikal Itali, Italjet bagi membangunkan skuter dengan reka bentuk sporty dan ranggi, Dragsters.

Italjet lantik pesara MotoGP, Andrea Dovizioso sebagai duta 02

Sebagai antara pelumba MotoGP paling berjaya di era moden, Dovizioso yang juga dari Itali pastinya mengetahui serba sedikit mengenai pembangunan sesebuah motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sekalipun masih berupaya untuk bersaing di pentas perlumbaan dua roda elit itu, Dovi memutuskan untuk meninggalkan pasukan Ducati dan selain menjadi pelumba ujian bagi pasukan Aprilia, dia turut menyertai Italjet.

Italjet lantik pesara MotoGP, Andrea Dovizioso sebagai duta 01

Sumber imej: RideApart

Untuk model Dragsters yang dilancarkan pada 2019 dalam versi 125 cc dan 200 cc, Italjet berkata mereka menerima ribuan tempahan dari seluruh dunia.

Menurut Dovi, pelantikannya sebagai duta bukan saja untuk meningkatkan imej jenama berkenaan, namun turut berdasarkan kepercayaannya terhadap syarikat berkenaan.

Italjet lantik pesara MotoGP, Andrea Dovizioso sebagai duta 02

Sumber imej: RideApart

"Dragster adalah pusat tumpuan tenaga. Apabila saya melihatnya buat pertama kali, saya kagum. Saya gembira untuk menyumbang dari sudut teknikal kepada pembagunan perkakasan, sistem brek dan enjin," kata Dovi.

"Perincian akan menjadi perbezaan, dan perincian Dragsters amat mengagumkan, tidak seperti motosikal lain dalam segmen ini."

Italjet lantik pesara MotoGP, Andrea Dovizioso sebagai duta 03

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Italjet, Massimo Tartarini berkata Drgasters yang dibeli julukan sebagai 'Urban Superbike' memiliki semangat yang sama seperti Dovi.

Italjet lantik pesara MotoGP, Andrea Dovizioso sebagai duta 04

Presiden dan CEO Italje, Massimo Tartarini. Sumber imej: ScooterLab

"Apabila saya mereka Dragsters yang baru, saya membayangkannya sebagai superbike yang kecil dan mudah digunakan di kawasan bandar. Skuter yang berupaya memberikan perasaan sebuah motosikal sebenar di atas litar.

Italjet lantik pesara MotoGP, Andrea Dovizioso sebagai duta 05

"Saya mahu Dragsters untuk meluahkan segala potensi untuk menjadi yang terbaik dalam kelasnya, dan kerana itu, saya fikir saya perlu bergantung kepada seseorang yang mempunyai watak protagonis dalam sukan permotoran, pelumba yang terkenal serata dunia. Dan dengan pantas, saya berfikir mengenai Andrea, pelumba yang saya sentiasa kagumi, profesional yang sentiasa memandang ke hadapan."

Italjet lantik pesara MotoGP, Andrea Dovizioso sebagai duta 06

Sebagai info, Dragster dijadual untuk dilancarkan pada tahun lalu namun ia terpaksa ditangguhkan berikutan disebabkan penularan wabak Covid-19 dan peraturan emisi Euro 5 yang semakin ketat.

Italjet lantik pesara MotoGP, Andrea Dovizioso sebagai duta 07

Difahamkan, Dragsters dirancang untuk dijual di lebih 50 negara berkemungkinan Malaysia dengan harganya di pasaran Britain adalah pada tanda harga £ 4,999 (RM 29,306) untuk model 125 cc dan £ 5,199 (RM 30,483) untuk model 200 cc.

Sumber: visordown

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda