window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jaecoo 7 - didakwa pesaing Honda CR-V, iras Audi Q8, kamera '540-darjah' pertama dalam kelas!

Faisal Β· May 15, 2023 04:00 PM

Jaecoo 7 - didakwa pesaing Honda CR-V, iras Audi Q8, kamera '540-darjah' pertama dalam kelas! 01

Kredit foto: El Universal Autopistas.

Baru-baru ini, jenama premium di bawah induk Chery iaitu Jaecoo merancang untuk merasmikan Jaecoo 7 pada September ini.

Jaecoo 7 - didakwa pesaing Honda CR-V, iras Audi Q8, kamera '540-darjah' pertama dalam kelas! 02

Menurut pelbagai laporan, SUV premium ini akan menyaingi Honda CR-V kerana saiznya sudah hampir sama. Menariknya, Jaecoo 7 juga bakal ditawarkan dengan pilihan 7 tempat duduk.

Jaecoo 7 - didakwa pesaing Honda CR-V, iras Audi Q8, kamera '540-darjah' pertama dalam kelas! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada bahagian dalam, kabinnya menampilkan pelbagai unsur kemewahan melalui pilihan warna dan bahan yang berkualiti tinggi. Antara ciri unik yang ada termasuklah skrin kluster digital terapung, skrin infotainment menegak, sistem audio premium dan head-up display.

Jaecoo 7 - didakwa pesaing Honda CR-V, iras Audi Q8, kamera '540-darjah' pertama dalam kelas! 01

Tetapi ciri yang paling mengagumkan sekali adalah sistem kamera 540-darjah yang mana ia didakwa sebagai yang pertama dalam kelasnya. Secara teorinya, selain visual 360-darjah, kamera ini juga boleh memaparkan bahagian bawah kenderaan. Selain itu, terdapat ciri, lampu pencahayaan kabin, pengecas nirwayar dan bumbung bulan panoramik.

Jaecoo 7 - didakwa pesaing Honda CR-V, iras Audi Q8, kamera '540-darjah' pertama dalam kelas! 02

Dari segi teknikal, SUV ini menggunakan asas dari Chery Tiggo 7 dan ia turut hadir dengan enjin 1.6L turbo yang menghasilkan 197 PS dan 290 Nm. Nadi ini dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan dan di pasaran China, pembeli bakal ditawarkan dengan pilihan pacuan semua roda (AWD).

Juga bacaIndonesia akan lancar Chery Tiggo 7 Pro & 8 Pro (CKD); ini sebab kenapa ia penting untuk Malaysia

Jaecoo 7 - didakwa pesaing Honda CR-V, iras Audi Q8, kamera '540-darjah' pertama dalam kelas! 03

Antara fakta prestasi buat SUV mewah ini adalah pecutan 0 – 100 km/j yang hanya mengambil masa 8.9 saat. Penggunaan petrolnya pula serendah 7.2 liter/100 km.

Jaecoo 7 - didakwa pesaing Honda CR-V, iras Audi Q8, kamera '540-darjah' pertama dalam kelas! 04

Menurut sumber rakan kami di AutoFun ID, SUV ini akan menembus pasaran Indonesia. Jadi, adakah Chery Malaysia akan turut memperkenalkan model ini untuk menyaingi segmen C atau D? Sama-samalah kita tunggu perkembangan lanjut.

Juga baca20 gambar Chery Tiggo 8 Pro 2023 di Malaysia, pelancaran bulan depan!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Chery Tiggo 7 Pro Upcoming Verison

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda