window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jaga-jaga, harga kereta bakal naik ekoran lonjakan harga besi yang meningkat!

Haris ยท Sep 9, 2021 08:00 PM

Jaga-jaga, harga kereta bakal naik ekoran lonjakan harga besi yang meningkat! 01

Harga kereta dijangka meningkat di seluruh dunia berikutan daripada masalah kekurangan semikonduktor dan kenaikan harga bahan mentah yang semakin meningkat sehingga kos kenaikan ini tidak mampu lagi diserap oleh pengeluar kereta. Di beberapa negara seperti India, trend kenaikan harga kereta sudah berlaku.

Laporan daripada Nikkei, portal perniagaan Jepun melaporkan bahawa Toyota baru sahaja menyelesaikan rundingan harga baru bahan mentah dengan Nippon Steel, di mana harga yang dipersetujui melonjak USD 182 lebih tinggi dari sebelum ini. 

Kenaikan tersebut menyaksikan peningkatan terbesar harga bahan mentah dalam 10 tahun belakangan ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jaga-jaga, harga kereta bakal naik ekoran lonjakan harga besi yang meningkat! 01

Untuk mendapatkan kos terendah, Toyota merunding harga pukal dan melakukan pembelian keluli mengikut gulungan bagi pihak pembekalnya. Harga yang dirunding setiap tahun adalah berdasarkan harga bijih besi dan batu arang kok, 2 bahan mentah utama yang digunakan dalam pembuatan besi.

Besi adalah komponen terbesar dalam jumlah kos bahan mentah untuk sesebuah kereta. Sebuah kereta keluarga secara purata mempunyai sekitar 700 kg besi.

Baca: UMW Toyota ada lebih 20k tempahan tertunggak, berpotensi capai sasaran lebih 62k!

Jaga-jaga, harga kereta bakal naik ekoran lonjakan harga besi yang meningkat! 02

Punca kenaikan harga besi ini mirip masalah kekurangan komponen semikonduktor - pemulihan aktiviti ekonomi yang pesat di seluruh dunia memberi cabaran kepada faundri besi untuk memenuhi permintaan. Hal ini semakin kritikal apabila kebanyakan pengeluar tidak mampu membuat pesanan lebih awal atas kesulitan dalam membuat unjuran jualan untuk pemulihan ekonomi.

Tempahan untuk komponen buatan biasanya perlu ditempah sekurang-kurangnya 6 hingga 9 bulan lebih awal dan pembekal akan membuat unjuran jualan berdasarkan tempahan yang diterima. Oleh itu, kegagalan merangka unjuran jualan ini turut menjejaskan rantaian bekalan.

Jaga-jaga, harga kereta bakal naik ekoran lonjakan harga besi yang meningkat! 03

Korea, sebuah lagi negara pengeluar keluli utama, juga melihat kenaikan harga sebanyak USD 46 per tan dari Hyundai Steel dan POSCO seperti yang dilaporkan Korea Economic Daily - kenaikan pertama di Korea dalam masa 4 tahun.

Selain itu, harga tembaga, bahan utama lain dalam komponen elektronik automotif juga meningkat 2x ganda.

Tinjauan oleh Korea Automobile Manufacturers Association (KAMA) pada bulan Mei mendedahkan bahawa pengeluar kereta Korea kini membayar hingga 20% lebih tinggi untuk komponen semikonduktor, justeru peningkatan harga kereta dijangka akan berlaku.

Baca: Hyundai dilaporkan ‘sangat berminat’ bekal 400 unit kenderaan 6x6 untuk Tentera Darat Malaysia!

Jaga-jaga, harga kereta bakal naik ekoran lonjakan harga besi yang meningkat! 04

Malah pengeluar tayar Korea seperti Hankook, Kumho dan Nexen, telah menaikkan harga produk mereka atau telah mengumumkan rancangan untuk melakukan perkara tersebut tidak lama lagi.

Sementara itu di India, pengeluar kereta utama iaitu Tata, Toyota, dan Honda telah menaikkan sedikit harga kenderaan mereka (peratusan kenaikan masih dalam satu digit), berikutan alasan kenaikan kos bahan mentah.

Baca: Tata Tigor EV 2021 dilancarkan – dari RM 67k, sedan EV termurah di dunia, 306 km sekali cas

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda