window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jaga-jaga Honda ADV 160, Bristol ADX/ADS 160 (2023) tiba di Filipina, katanya laris!

Khairil ยท Apr 4, 2023 02:00 PM

Jaga-jaga Honda ADV 160, Bristol ADX/ADS 160 (2023) tiba di Filipina, katanya laris! 01

Bristol Motorcycles, jenama motosikal dari Filipina, baru-baru ini menayangkan skuter 'Adventure' jenama itu, Bristol ADX/ADS 160 (2023), model yang didakwa mampu memberi cabaran hebat kepada Honda ADV 160.

Jaga-jaga Honda ADV 160, Bristol ADX/ADS 160 (2023) tiba di Filipina, katanya laris! 02

Dijadual membuat pelancaran rasmi pada pertengahan bulan depan di Pameran Motosikal Makina, Bristol Motorcycles mendakwa kesemua unit pra-tempahan untuk Bristol ADX/ADS 160 (2023) iaitu sekitar 30 unit sudah pun habis.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jaga-jaga Honda ADV 160, Bristol ADX/ADS 160 (2023) tiba di Filipina, katanya laris! 01

Untuk kemasan, Bristol ADX 160 (2023) dijual bersama dua pilihan warna iaitu Merah dan Hitam manakala Bristol ADS 160 (2023) dijual bersama dua pilihan warna iaitu Kelabu dan Putih.

Jaga-jaga Honda ADV 160, Bristol ADX/ADS 160 (2023) tiba di Filipina, katanya laris! 02

Harga jualan untuk Bristol ADX 160 (2023) adalah Php 178,000 (RM 14,364) manakala Bristol ADS 160 (2023) datang dengan tanda harga Php 138,000 (RM 11,136).

Dan kepada yang berminat mendapatkannya lebih awal, Bristol Motorcycles turut menawarkan diskaun Php 20,000 (RM 1,613).

Jaga-jaga Honda ADV 160, Bristol ADX/ADS 160 (2023) tiba di Filipina, katanya laris! 03

Dijual sedikit lebih murah, perbezaan membabitkan Bristol ADX/ADS 160 (2023) adalah di bahagian suspensi dengan model ADX menggunakan fork teleskopik jenis terbalik (USD) dan ADS menggunakan fork teleskopik konvensional serta penggunaan set rim berbeza.

Jaga-jaga Honda ADV 160, Bristol ADX/ADS 160 (2023) tiba di Filipina, katanya laris! 04

Seperti namanya, Bristol ADX/ADS 160 (2023) tampil dengan rekaan garang ADV dan mungkin ada menganggapnya sebagai klon Honda X-ADV 750, bukan ADV 160 terutama di bahagian panel depan.

Jaga-jaga Honda ADV 160, Bristol ADX/ADS 160 (2023) tiba di Filipina, katanya laris! 05

Di bahagian trenkuasa, ia dipadankan dengan enjin bersesaran 155.6 cc, 4 Lejang, 1 Silinder, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair bersama transmisi automatik. Kuasa yang dihamburkan adalah 13.4 Hp dan tork 14 Nm.

Suspensi belakang menggunakan penyerap hentak berkembar dan sistem henti tampil dengan brek cakera depan dan belakang lengkap Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Jaga-jaga Honda ADV 160, Bristol ADX/ADS 160 (2023) tiba di Filipina, katanya laris! 06

Untuk menambah tarikan Bristol ADX/ADS 160 (2023), ia turut dipadankan dengan pelbagai ciri menarik seperti penggunaan kunci pintar, sistem 'Smart & Stop', panel meter digital TFT berwarna, sistem lampu LED penuh.

Jaga-jaga Honda ADV 160, Bristol ADX/ADS 160 (2023) tiba di Filipina, katanya laris! 07

Informasi penting lain bagi skuter ini adalah seperti berat 137 kg, ketinggian pelana 790 mm dan kapasiti tangki bahan api 11 liter.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda