Berikutan pelancaran Honda City dan Nissan Almera pada tempoh hari, Toyota Vios 2020 bakal berentap semula!
Toyota Vios yang sedia ada telah habis dijual
Berdasarkan sumber yang sahih, Toyota Vios yang sedia ada telah habis dijual.
Berikutan pelancaran Honda City dan Nissan Almera pada tempoh hari, Toyota Vios 2020 bakal berentap semula!
Toyota Vios yang sedia ada telah habis dijual
Berdasarkan sumber yang sahih, Toyota Vios yang sedia ada telah habis dijual.
Dengan itu, pembeli yang telah lulus pinjaman akan mendapat Toyota Vios yang dikemaskini (facelift) apabila ia dilancarkan pada Disember ini.
Selain itu, kami diberitahu bahawa penasihat jualan Toyota kini sedang giat menjalankan latihan produk untuk Toyota Vios facelift yang bakal tiba tidak lama lagi.
Apa yang akan ditawarkan pada Toyota Vios facelift?
Dengan pelancaran di Thailand (dengan enjin 1.2L) dan Filipina pada Julai yang lalu, kita boleh meramalkan spesifikasi yang akan didatangkan di Malaysia.
Toyota Vios facelift yang bakal kita perolehi pula dikatakan mirip spesifikasi Thailand.
Walaupun perincian spesifikasi Malaysia belum diketahui, spesifikasi Thailand didatangkan dengan sistem infotainment sesentuh 6.7 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.
Perubahan terbesar pada spesifikasi Thailand kali ini ialah dengan kelengkapan Toyota Safety Sense (TSS). Walaupun ia bukan spesifikasi TSS yang penuh, ia masih didatangkan dengan Lane Departure Alert (tanpa bantuan stereng) serta brek kecemasan automatik (AEB).
Sebarang perincian harga dan spesifikasi di Malaysia masih belum diumumkan secara rasmi. Namun demikian, anda boleh mengikuti kami untuk maklumat yang terkini mengenai Toyota Vios 2020 yang bakal bersaing sengit dalam kategori sedan segmen B.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2023 Toyota Vios 1.5E AT
Upgrade
Add your car
2018 Honda Civic TC VTEC Premium 1.5
2017 Honda Civic TC VTEC Premium 1.5
2016 Honda Civic TC VTEC Premium 1.5