window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jaga-jaga Perodua Ativa, produksi Honda WR-V 2023 di Indonesia mungkin mula seawal Disember 2022

Faisal · Aug 24, 2022 11:00 AM

Jaga-jaga Perodua Ativa, produksi Honda WR-V 2023 di Indonesia mungkin mula seawal Disember 2022 01

  • Kereta konsep Honda SUV RS dipertonton di GIIAS 2022
  • Spekulasi mencadangkan ia sebagai Honda ‘WR-V’
  • Produksi mungkin bermula pada akhir 2022
  • Dimensi paling besar dalam kelasnya

Sebuah SUV Honda yang lengkap dengan penyamaran telahpun dipertonton di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2022.

Bagi anda yang belum tahu, di pasaran Indonesia, inilah senjata Honda untuk berentap dengan Toyota Raize / Daihatsu Rocky (Perodua Ativa), Kia Sonet dan Nissan Magnite.

Juga bacaLakaran: Honda SUV RS Concept ada ilustrasi terbaru, lagi cun daripada Perodua Ativa!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jaga-jaga Perodua Ativa, produksi Honda WR-V 2023 di Indonesia mungkin mula seawal Disember 2022 01

SUV ini diasaskan oleh kereta konsep Honda SUV RS, iaitu model yang dipamerkan pada GIIAS tahun lepas.

Menurut Autofun Indonesia, model ini mungkin calon sebenar buat Honda WR-V 2023 dan produksinya mungkin akan bermula pada Disember 2022.

Jaga-jaga Perodua Ativa, produksi Honda WR-V 2023 di Indonesia mungkin mula seawal Disember 2022 02

Walaupun menggunakan platform sama dengan Honda BR-V, terdapat spekulasi bahawa SUV ini akan hadir dengan nadi 1.2L NA sama yang digunapakai pada Honda Brio. Apapun, enjin 1.5L NA yang ada pada Honda BR-V juga mungkin beransur pada SUV ini.

Juga bacaHonda SUV RS Concept: Maklumat awal didedah, enjin 1.5L dengan CVT, ada varian manual!

Jaga-jaga Perodua Ativa, produksi Honda WR-V 2023 di Indonesia mungkin mula seawal Disember 2022 03

Enjin 1.5L NA mungkin menguasai versi produksi buat kereta konsep Honda SUV RS.

Mengenai samaran yang dipamerkan itu, ia nampak hampir sama dengan kereta konsep Honda SUV RS. Walaupun banyak bahagian yang masih dirahsiakan, majoriti daripada perinciannya nampak betul-betul serupa dengan kereta konsep tersebut.

Jaga-jaga Perodua Ativa, produksi Honda WR-V 2023 di Indonesia mungkin mula seawal Disember 2022 04

Jaga-jaga Perodua Ativa, produksi Honda WR-V 2023 di Indonesia mungkin mula seawal Disember 2022 05

Apapun, bahagian lampu depannya nampak sedikit lain.

Jaga-jaga Perodua Ativa, produksi Honda WR-V 2023 di Indonesia mungkin mula seawal Disember 2022 06

Setakat ini, rakan kami di Autofun Indonesia percaya bahawa SUV ini bakal dinamakan sebagai Honda WR-V.

Jaga-jaga Perodua Ativa, produksi Honda WR-V 2023 di Indonesia mungkin mula seawal Disember 2022 07

Kalau anda perhati pada samaran ini, terdapat banyak perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’. Contohnya seperti ‘Wow’, ‘Wander’, ‘Wit’, ‘Welcome’, ‘Win’, ‘Wish’, ‘Worthy’ dan perkataan ‘Coming Soon’. Jadi disebabkan banyak W, agak logik sekiranya Honda guna nama WR-V.

Menurut mereka, panjang SUV ini dianggarkan pada 4,200 mm.

Jaga-jaga Perodua Ativa, produksi Honda WR-V 2023 di Indonesia mungkin mula seawal Disember 2022 08

Lebarnya pula sekitar 1,800 mm. Di bawah adalah perbezaan dimensi SUV segmen B ini di pasaran Indonesia:

Perbezaan dimensi

 

Panjang

Lebar

Tinggi

Honda WR-V 2023

4,200 mm

1,800 mm

-

Kia Sonet

4,120 mm

1,790 mm

1,615 mm

Toyota Raize – Daihatsu Rocky

4,030 mm

1,710 mm

1,635 mm

Nissan Magnite

3,994 mm

1,758 mm

1,572 mm

Jaga-jaga Perodua Ativa, produksi Honda WR-V 2023 di Indonesia mungkin mula seawal Disember 2022 09

Jadi, saiz Honda SUV RS (WR-V) 2023 nampaknya paling besar dalam segmennya.

Juga bacaSpyshots: saingan Ativa; Honda SUV RS Concept 1.5L versi pengeluaran, akan dilancarkan pada 2023

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda