window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jaga-jaga! Prolintas tingkatkan usaha tangkap pemandu culas bayar tol

Mersita ยท Jan 12, 2023 06:00 PM

Jaga-jaga! Prolintas tingkatkan usaha tangkap pemandu culas bayar tol 01

Sedar atau tidak, kereta dipandu anda barangkali pernah diekori rapat oleh sebuah lagi kereta dari belakang apabila melepasi palang tol kerana kereta berkenaan ingin 'menumpang' bayaran tol anda. Inilah taktik popular digunakan individu tidak bertanggungjawab yang culas membayar tol dan ada di antara mereka yang telah berjaya ditahan oleh pihak pengendali lebuh raya.

Bagi membendung masalah ini, pihak Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) akan terus memantau dan mengambil tindakan ke atas pengguna-pengguna lebuh raya kendalian mereka yang didapati mempunyai tol tertunggak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
โ€” PROLINTAS AKLEH (@AKLEHtrafik) January 9, 2023

Jurucakap Prolintas memberitahu Harian Metro pihaknya akan membuat pemantauan dari masa ke semasa dan meningkatkan kekerapan operasi di kawasan lebuh raya di bawah pengendalian mereka. Operasi ini adalah untuk menangkap pemandu yang culas membayar tol, seperti yang pernah dilakukan mereka beberapa kali sebelum ini.

Beberapa insiden tangkapan pernah dikongsikan di laman Twitter PROLINTAS AKLEH, misalnya dalam satu tangkapan pada Isnin di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) membabitkan kenderaan jenis Mercedes-Benz A Class yang didapati tidak membayar tol 45 kali sehingga mempunyai tunggakan bernilai RM 275.65.

Juga baca: 45 kali tak bayar tol, pemandu Mercedes-Benz kena bayar tunggakan RM 275.65 saja?

Tangkapan serupa juga pernah dilakukan pada September 2022, dimana sebuah Proton X50 ditangkap di Plaza Tol Dato' Keramat Lebuhraya AKLEH kerana menceroboh tol dengan kerap sehingga mengumpul tunggakan sebanyak RM 57.50.

Juga baca: (Video) Tol RM 1.56 pun tak mampu? 3 individu naik Perodua Axia 'kantoi' tak bayar tol di LKSA

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda