window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jaga-jaga Yamaha YSuku, Honda RS-X, WMoto F-15 dah tiba, harga asas RM 6k!

Khairil ยท Dec 21, 2021 09:57 PM

Jaga-jaga Yamaha YSuku, Honda RS-X, WMoto F-15 dah tiba, harga asas RM 6k! 01

Selepas penawaran menarik skuter WMoto XTreme 150i dan RT3, syarikat pengeluar motosikal tempatan WMoto melancarkan model dalam segmen 'Super moped' WMoto F-15 yang tampil dengan penawaran harga cukup menarik RM 5,999 (asas).

Harga yang ditawarkan itu (tanpa insurans, pendaftaran dan cukai jalan) selaras dengan 'tagline' WMoto terhadap F-15 iaitu ekonomi, kegunaan harian dan mampu milik. Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Kuning, Biru dan Turquoise dengan corak grafik yang menarik.

Juga baca: MForce lancar skuter ADV, Wmoto Xtreme 150i 2021 di pasaran Malaysia, harga asas RM 9,588!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jaga-jaga Yamaha YSuku, Honda RS-X, WMoto F-15 dah tiba, harga asas RM 6k! 01

Berbicara mengenai reka bentuk, WMoto F-15 seperti 'saudaranya' yang lain seperti XTreme 150i jelas tampil dengan rekaan terkini yang menarik lengkap dengan ciri aerodinamik.

Trenkuasa WMoto F-15 ini dijana enjin 149.2 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, SOHC, Penyejuk Udara, Suntikan Bahan Api (FI) yang digandingkan dengan transmisi 5 kelajuan klac manual.

Jaga-jaga Yamaha YSuku, Honda RS-X, WMoto F-15 dah tiba, harga asas RM 6k! 02

Kuasa yang dihamburkan adalah setinggi 10.5 Hp pada 7,000 rpm dengan tork 11 Nm pada 8,000 rpm. 

Juga baca: Tunggang uji WMoto XTreme 150i 2021: Anda rasa 'yang popular' tu dah 'best'? Fikirkan semula

Jaga-jaga Yamaha YSuku, Honda RS-X, WMoto F-15 dah tiba, harga asas RM 6k! 03

Suspensi menggunakan fork teleskopik (depan) dan suspensi belakang dikemudikan penyerap hentak tunggal atau monoshock yang sekaligus memberikan tunggangan yang mantap di jalan raya.

Jaga-jaga Yamaha YSuku, Honda RS-X, WMoto F-15 dah tiba, harga asas RM 6k! 04

Sistem keselamatan pada WMoto F-15 dipertingkatkan lagi dengan penggunaan brek cakera 290 mm dengan corak 'petal' (depan) dan cakera tunggal 190 mm di belakang.

Jaga-jaga Yamaha YSuku, Honda RS-X, WMoto F-15 dah tiba, harga asas RM 6k! 05

Ciri-ciri menarik lain termasuklah penggunaan lampu LED penuh termasuk lampu siang (DRL), panel meter gabungan analog dan digital yang memaparkan pelbagai informasi termasuk kakuatan bateri.

Juga baca: Wmoto lancar skuter ES125, dua varian, harga bermula RM4,588

Jaga-jaga Yamaha YSuku, Honda RS-X, WMoto F-15 dah tiba, harga asas RM 6k! 06

Informasi lain adalah seperti berikut:

  • Berat 118 kg
  • Ketinggian pelana 770 mm 
  • Tangki bahan api 5.5 liter
  • Penghidup elektrik dan tendang
  • Soket USB
  • Set roda 70/90-17 (depan), 100/70-17

Pengurus Operasi MForce Bike Holdings Sdn. Bhd, Asri Ahmad berkata WMoto F-15 disasarkan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan jantina kerana spesifikasinya yang cukup sesuai. 

Jaga-jaga Yamaha YSuku, Honda RS-X, WMoto F-15 dah tiba, harga asas RM 6k! 07

Sekalipun ia bukan perbandingan paling adil atau tepat, berdasarkan sesaran enjin, harga yang ditawarkan untuk WMoto F-15 sememangnya hebat dengan Yamaha Y16ZR dijual pada harga asas RM 10,888 manakala Honda RS-X ditawarkan pada harga RM 8,688. Untuk Benelli R18i, harga yang ditawarkan adalah RM 7,999 (asas).    

Kepada yang berminat, MForce berkata WMoto F-15 2021 bakal tiba di rangkaian pengedar jenama itu dalam tempoh kurang seminggu daripada tarikh pelancaran.

Juga baca: WMoto lancar skuter maxi RT3, lebih berkuasa & padu, harga RM 15,188

Jaga-jaga Yamaha YSuku, Honda RS-X, WMoto F-15 dah tiba, harga asas RM 6k! 08

Selain itu, setiap pembelian akan menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda