window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jalan raya bukannya untuk berlumba basikal lajak, ibu bapa patut pantau – Pengerusi MIROS

Mersita · Apr 14, 2022 04:00 PM

Jalan raya bukannya untuk berlumba basikal lajak, ibu bapa patut pantau – Pengerusi MIROS 01

Kes kemalangan melibatkan seorang pemandu wanita yang melanggar sekumpulan remaja berbasikal lajak di Johor Bahru lima tahun lalu sehingga mengakibatkan lapan mangsa maut kini kembali hangat setelah Mahkamah Tinggi memerintahkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM 6,000 keatas pemandu berkenaan semalam (13 April).

Responden, Sam Ke Ting (27), telah dilepaskan dan dibebaskan atas kesalahan memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian sebanyak dua kali sebelum ini di Mahkamah Majistret. Namun, keputusan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi semalam secara langsungnya membatalkan kedua-dua keputusan berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pengerusi Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), Prof. Dr. Wong Shaw Voon berkata, ibu bapa tidak sepatutnya membenarkan anak mereka untuk menunggang atau berlumba dengan basikal atau basikal lajak di lebuh raya, lapor The Star.

Apabila ditanya pendapat beliau tentang kes kemalangan basikal lajak di Johor Bahru, Dr. Wong berkata perkara ini (tidak menegah anak daripada melakukan aktiviti berbahaya) bukanlah sesuatu yang kita patut sokong. Lebuh raya bukannya dibina untuk berlumba dan aktiviti sukan berbasikal ekstrem sebegini sepatutnya dilakukan di taman-taman khusus untuk sukan berkenaan, ujarnya kepada akhbar itu.

Selain itu, peguam Lim Wei Jiet juga berkongsi pandangan yang sama dan menganggap keputusan ini telah meletakkan tanggungjawab yang maha besar di bahu pemandu kerana mereka perlu lebih berhati-hati ketika memandu walaupun sudah mematuhi had laju yang ditetapkan dan tidak berada di bawah pengaruh alkohol.

Menurut tinjauan kami, komen orang ramai di media sosial juga menunjukkan dua pandangan berbeza yang utama berkaitan kes ini. Salah satu daripadanya sama dengan pandangan yang diberi pakar-pakar seperti Dr. Wong dan Lim, manakala satu lagi berpihak kepada keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan pembebasan dan pelepasan keatas Sam kerana gagal memandu dengan selamat sehingga mengakibatkan 8 orang mati.

Baca juga: Wanita langgar mati geng basikal lajak di JB masuk penjara 6 tahun, didenda RM 6,000

Jalan raya bukannya untuk berlumba basikal lajak, ibu bapa patut pantau – Pengerusi MIROS 01

Difahamkan, Biro Undang-undang MCA akan menghubungi keluarga Sam bagi membantu proses rayuannya secara pro-bono. Beberapa petisyen atas-talian bagi menyokong pembebasan Sam juga sudah tersebar luas di media sosial dan salah satu daripadanya berjaya mengumpul lebih daripada 250,000 tandatangan dalam masa kurang 24 jam.

Baca juga: Wanita rempuh geng basikal lajak di JB dulu dipanggil semula ke mahkamah

RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 diluluskan; denda pemandu mabuk, mengantuk dan basikal lajak

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda