window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jangan 'bank-in' ke akaun peribadi, ini cara elak 'scammer' jual-beli kereta baru - Perodua

Mersita · Jul 5, 2021 03:00 PM

Jangan 'bank-in' ke akaun peribadi, ini cara elak 'scammer' jual-beli kereta baru - Perodua 01

Perodua ingin mengingatkan para pelanggan baharunya dan yang sedia ada mengenai penipuan yang melibatkan penasihat jualan palsu yang meminta pelanggannya untuk membuat pembayaran ke dalam akaun bank peribadi.

“Baru-baru ini, kami telah mengenalpasti dan menemui sekurang-kurangnya dua individu yang telah menyamar sebagai penasihat jualan Perodua dan meminta pelanggan untuk membuat bayaran tempahan atau wang pendahuluan ke dalam akaun bank peribadi,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Jangan 'bank-in' ke akaun peribadi, ini cara elak 'scammer' jual-beli kereta baru - Perodua 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beliau menambah bahawa Perodua sedang bekerjasama dengan pihak polis mengenai isu tersebut.

“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pelanggan kami yang dihargai untuk hanya membuat sebarang pembayaran ke dalam akaun syarikat rasmi atau di kaunter cawangan-cawangan kami sahaja,” kata Dato’ Zainal.

Jangan 'bank-in' ke akaun peribadi, ini cara elak 'scammer' jual-beli kereta baru - Perodua 01

Untuk melindungi para pelanggan baharu dan yang sedia ada, Perodua memberikan panduan semasa pembelian kenderaan Perodua baharu seperti di bawah:

Sila:

  • Hubungi atau kunjungi Pusat Jualan Perodua yang sah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan kami, atau layari www.perodua.com.my atau mana-mana halaman media sosial rasmi kami di Facebook dan Instagram.
  • Layari laman web rasmi kami di www.perodua.com.my untuk mendapatkan senarai terkini dan tepat pusat-pusat jualan dan servis kami di seluruh negara beserta maklumat untuk dihubungi.
  • Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 1-800-88-6600 pada waktu pejabat, atau kemukakan pertanyaan anda di https://www.perodua.com.my/contact-us.html, sekiranya ada individu yang mendakwa diri mereka sebagai wakil jualan atau servis Perodua dan meminta anda membuat pembayaran ke dalam akaun peribadi.

Jangan 'bank-in' ke akaun peribadi, ini cara elak 'scammer' jual-beli kereta baru - Perodua 02

Hindari:

  • Jangan segera menerima tawaran, sama ada atas talian atau cetak, tanpa mendapatkan pengesahan maklumat terperinci daripada penasihat jualan dan servis Perodua yang sah, atau platform atas talian rasmi kami di www.perodua.com.my, Facebook dan Instagram.
  • Jangan berikan maklumat peribadi anda seperti nombor akaun bank, alamat rumah dan nombor kad pengenalan tanpa memastikan individu yang berurusan dengan anda adalah kakitangan Perodua yang sah.
  • Jangan membuat sebarang pembayaran, termasuk wang pendahuluan atau wang tempahan ke dalam akaun bank peribadi. Semua pembayaran mesti dibuat ke akaun syarikat sahaja.

Jangan 'bank-in' ke akaun peribadi, ini cara elak 'scammer' jual-beli kereta baru - Perodua 03

Sentiasa waspada dalam proses pembelian anda! Pastikan anda berhubung dengan sales advisor (SA) yang sah terlebih dahulu dan jangan sesekali salurkan bayaran ke akaun peribadi.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda