Jangan biar anak bergerak bebas dalam kereta, dapatkan Perodua Care Seat untuk RM 680 saja
Mersita · Jan 16, 2023 04:00 PM
Mungkin anda rasa ia perkara kecil, namun penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak atau Child Restraint System (CRS) di dalam kenderaan adalah amat penting dan perlu diutamakan. Malah, undang-undang penggunaan CRS telahpun diwartakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Akta Pengangkutan Jalan 1978 – Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) (Pindaan) 2019.
Kerusi keselamatan kanak-kanak direka khas untuk disambung kemas dengan poin sambungan/’anchorage’ (seperti tali pinggang dan poin ISOFIX ). Ini membolehkan bayi dan kanak-kanak duduk dengan posisi betul dalam ‘cengkerang’ diperkukuhkan supaya mereka dapat perlindungan terbaik jika berlaku kemalangan.
Tak dinafikan; kerusi keselamatan kanak-kanak bukannya murah dan tak semua keluarga mampu memilikinya untuk setiap anak kecil mereka. Ibu bapa atau penjaga juga mungkin kurang arif tentang spesifikasi betul dan tarikh luput kerusi ini. Tapi, jangan risau…
Perodua Care Seat boleh dibeli di mana-mana bilik pameran Perodua
Bagi yang mahu berjimat, kerusi keselamatan kanak-kanak yang menepati piawaian minimum iaitu ECE R44-04 boleh dibeli pada harga RM 300+ (tanpa ISOFIX). Jika mahu yang dari jenama dipercayai, harganya boleh mencecah RM 1,200 ke atas.
Perodua Care Seat menepati piawaian ECE R44-04 seperti yang tertera pada pelekat berwarna oren di sisi/belakang kerusi keselamatannya
Perodua Care Seat misalnya, mempunyai sambungan ISOFIX universal dengan piawaian ECE R44 dan berharga RM 680 sahaja – lebih murah berbanding ‘tint’ cermin gelap berkualiti yang selalu dipasang pada kereta. Perodua Care Seat boleh didapati di mana-mana bilik pameran Perodua yang sah.
Harganya cukup berpatutan demi keselamatan anak-anak dibawah tanggungjawab anda.
“Mesti ada ISOFIX jugak ke?”
Kerusi keselamatan kanak-kanak dengan ISOFIX harganya pasti lebih mahal. Tapi, ia bukanlah satu kewajipan terutama sekali bagi kereta-kereta model lama yang tidak dilengkapi sambungan ISOFIX. Kelebihan utama kerusi dilengkapi ISOFIX ialah sambungan penyangkutnya yang boleh ‘dikuncikan’ pada bingkai tempat duduk asal kereta. Ia mudah dipasang dengan betul tanpa perlu tenaga yang banyak.
Kiri: Kerusi keselamatan kanak-kanak ber-ISOFIX ada rel yang boleh ditolak keluar ke arah poin pemegang. Kanan: Kerusi keselamatan dipegang oleh tali pinggang keledar belakang
Bagaimanapun, anda boleh juga gunakan kerusi keselamatan kanak-kanak yang dipegang rapi oleh tali pinggang keledar. Anda cuma perlu pastikan anda baca, fahami dan turuti manual pengguna dengan teliti bagi memastikan kerusi keselamatan berkenaan betul-betul dipasang sempurna.
“Boleh tak beli kerusi keselamatan kanak-kanak terpakai?”
Kerusi keselamatan kanak-kanak terpakai boleh digunakan, asalkan ia masih belum sampai tarikh luputnya/’expired’. Ini bukanlah taktik penjual untuk untung lebih – ia sebenarnya bagi memastikan bahagian plastik dan kusyennya masih kukuh dan mampu bertahan dalam kemalangan berimpak tinggi. Komponen-komponen ini lama-kelamaan boleh lusuh disebabkan cuaca dan suhu tinggi.
Kerusi keselamatan kanak-kanak biasanya mempunyai jangka hayat antara 6 ke 10 tahun dari tarikh pengilangannya. Jika anda mahukan kepastian, periksa label ECE R44/R129 di bahagian sisi/belakang kerusi berkenaan – selalunya dinyatakan tarikh pengilangan serta tarikh luputnya.
Kesimpulan
Kanak-kanak tidak patut dibiarkan bermain dengan bebas di dalam kenderaan bergerak dan perlu duduk di kerusi khas ini bagi memastikan keselamatan mereka terjamin sepanjang perjalanan – tak kisahlah perjalanan jauh mahupun dekat. Impak tinggi dari kemalangan mungkin lebih teruk dari jangkaan anda – sedangkan orang dewasa lagi boleh cedera, apatah lagi kanak-kanak dan bayi yang lebih kecil dan lemah.
Memandangkan cuti perayaan Tahun Baru Cina menyusul tiba, apa kata anda sediakan kerusi keselamatan kanak-kanak yang selesa dan kukuh bagi perjalanan balik kampung anda. Jangan tangguh pembelian lama-lama, dapatkannya pada harga berpatutan di bilik pameran Perodua sekarang.
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.
Komen