window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jangan diperbodohkan! Inilah tips elak ditipu penjual kereta terpakai!

Zamil Syaheer · Feb 1, 2021 11:59 AM

Jangan diperbodohkan! Inilah tips elak ditipu penjual kereta terpakai! 01

Pada masa yang sangat membimbangkan kita akibat pandemik Covid-19, ramai yang terdesak dan sanggup melakukan apa saja demi sesuap nasi. Baru-baru ini ada satu kes penipuan pembelian Proton Satria Neo yang berharga RM 9,000 melibatkan urusan jual beli kereta dimana terdapat penglibatan orang tengah.

Kes sebegini selalu berlaku sekiranya anda tidak berhati-hati. Dengan itu, bagaimanakah cara untuk mengelakkan diri daripada ditipu oleh ‘scammer’ yang tak bertanggungjawab ini?

1. Periksa harga jualan am di pasaran kereta terpakai

Jangan diperbodohkan! Inilah tips elak ditipu penjual kereta terpakai! 02

Antara pilihan Proton X70 dan Perodua Myvi terpakai di pasaran.

Banyak laman sesawang jual beli dalam talian yang anda boleh layari seperti Mudah, Carsome, MotorTrader dan sebagainya untuk membuat tinjauan harga jualan am di pasaran kereta terpakai bagi kereta yang anda inginkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dari situ, anda boleh tahu harga, keadaan kereta, spesifikasi pada harga, tahun dan pelbagai lagi maklumat lanjut.

Jangan diperbodohkan! Inilah tips elak ditipu penjual kereta terpakai! 01

Kini anda boleh membeli kereta terpakai secara terus daripada pengeluar kenderaan, seperti program Proton Certified Pre-Owned (PCPO).

Selalunya, harga yang telalu murah ini mesti ada udang di sebalik batu. Contohnya, kereta tersebut pernah terlibat dalaman kemalangan teruk, kereta itu adalah kereta curi, perbatuan terlalu tinggi, ataupun banyak kali bertukar pemilik.

2. Urus niaga dengan pemilik terus, bukan orang tengah

Jangan diperbodohkan! Inilah tips elak ditipu penjual kereta terpakai! 02

Ketika saya membeli kereta terpakai dengan pemilik terus pada tahun 2017. Senang nak berurus!

Sebaiknya, carilah pemilik terus dan bukannya melalui orang tengah. Anda boleh bertanyakan pelbagai macam soalan tentang kereta yang anda inginkan itu. Maklumlah dah nama pun tuan punya badan, mestilah dia lebih arif tentang kereta miliknya.

Tanya samaada pernah ada kemalangan ke, mana nak dapat alat ganti, servis pakai minyak apa, dan macam-macam lagi.

Jangan diperbodohkan! Inilah tips elak ditipu penjual kereta terpakai! 03

"Duit adalah raja".

Soal harga pula, bergantung kepada pemilik itu kerana ada yang jual murah sedikit ataupun lagi mahal, tetapi anda masih boleh berunding. Kalau anda jenis beli pakai wang tunai, lagi padu.

3. Minta geran, periksa maklumat tentang pemilik dan kereta

Jangan diperbodohkan! Inilah tips elak ditipu penjual kereta terpakai! 04

Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) atau lebih dikenali sebagai geran kereta ada maklumat tentang kereta yang anda ingin beli. Paling penting pada geran ini sebenarnya adalah:

  • Nama Penemunya Berdaftar
  • Nombor Enjin
  • Nombor Casis

Jangan diperbodohkan! Inilah tips elak ditipu penjual kereta terpakai! 05

Antara lokasi nombor casis (VIN) yang biasanya ada pada sebuah kereta. Imej dari Engine Sensors Australia.

Nama penemunya berdaftar merujuk kepada nama pemilik kereta itu, dari situ anda boleh meminta IC pemilik untuk mengesahkan maklumat ini.

Jangan diperbodohkan! Inilah tips elak ditipu penjual kereta terpakai! 06

Antara lokasi nombor enjin. Imej dari Engine Sensors Australia.

Sementara nombor enjin dan casis pula adalah untuk melihat samaada nombor ini sama dengan kereta ini untuk mengelak kes kereta curi ataupun enjin yang ditukar tanpa pengetahuan anda.

4. Sentiasa simpan rekod perbualan untuk bukti

Jangan diperbodohkan! Inilah tips elak ditipu penjual kereta terpakai! 07

Jika anda berurusan melalui mesej pesanan ringkas dan bukannya melalui perbualan telefon, jangan buang segala mesej yang ada disitu. Jika perlu, anda boleh mengambil ‘screenshot’.

Jarang sekali kami dengar cerita individu yang merakam perbualan ketika urusan jual beli, tetapi jika perlu, anda boleh lakukannya.

Dengan ini jika apa-apa perkara tidak diingini berlaku, anda mempunyai bukti yang kukuh untuk membuat laporan polis dan sebagainya.

5. Bawa kenalan atau mekanik yang lebih arif tentang kereta

Jangan diperbodohkan! Inilah tips elak ditipu penjual kereta terpakai! 08

Jika ini kali pertama anda ingin membeli kereta terpakai, lebih baik jika anda bawa kenalan atau mekanik yang lebih arif tentang kereta dan bab jual beli. Ini untuk mengelakkan anda dari ditipu dengan kata-kata manis penjual kereta dari segi keadaan kereta baik dari luaran, dalaman, dan juga mekanikal.

Jika ada benda yang terasa janggal mahupun serba tak kena, anda akan tahu dan seterusnya menyelamatkan anda daripada membeli kereta yang tidak baik.

Konklusi

Jangan diperbodohkan! Inilah tips elak ditipu penjual kereta terpakai! 09

Kami harap mereka dapatlah semula wang RM 9,000. Imej dari Oh Bulan!

Dalam zaman teknologi yang giat berkembang pesat, amat mudah untuk kita ditipu sekiranya kita tidak berhati-hati. Tambah pula dengan wabak pandemik Covid-19 yang membuatkan ramai orang terdesak untuk mencari wang demi kelangsungan hidup mungkin ada diantara pembelian ini mampu merubah hidup seseorang.

Kami harap petua dan cara yang kami kongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda