window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jangan guna D atau N untuk turun bukit dengan kereta auto! Ini sebabnya.

Mersita Β· Apr 18, 2021 06:00 PM

Jangan guna D atau N untuk turun bukit dengan kereta auto! Ini sebabnya. 01

Kredit gambar: Temple of VTEC Asia

Dalam entri kali ini, kami ingin menjawab satu soalan yang diajukan oleh pembaca WapCar.my: "Apakah cara terbaik untuk pandu turun bukit menggunakan kereta automatik?"

Kami sudahpun kupas tentang bagaimana brek enjin berfungsi dalam entri terdahulu dan ia boleh diaplikasikan pada semua jenis kotak gear.

Jangan guna D atau N untuk turun bukit dengan kereta auto! Ini sebabnya. 02

Oleh itu, kami tidak akan bincangkan butiran teknikal secara terperinci bagi pemanduan turun bukit di sini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebaliknya, kami akan jelaskan perkara yang harus dan tidak harus dilakukan ketika memandu turun bukit berfokuskan kereta bertransmisi automatik, walaupun prinsip yang sama boleh diaplikasikan pada kebanyakan jenis transmisi yang lain.

Harus

Jangan guna D atau N untuk turun bukit dengan kereta auto! Ini sebabnya. 01

Butang off O/D di dalam​​​​​​ Perodua Myvi lama

Perkara pertama yang harus anda beri perhatian ialah sentiasa pilih gear rendah apabila memandu turun bukit. Kebiasaannya, anda boleh lihat pilihan ‘L’ atau ‘2’ (kadangkala ‘S’) pada pilihan gear kereta anda. Pada tuas itu pula ada satu butang kecil untuk ‘Overdrive off’.

Semakin rendah gear anda, semakin berkesan brek enjin kereta anda untuk memperlahankan kereta. Ini akan mengurangkan beban pada sistem brek kereta anda.

Jangan guna D atau N untuk turun bukit dengan kereta auto! Ini sebabnya. 02

Pilih ‘S’ untuk turun bukit

Di dalam kereta yang dilengkapi ‘paddle shift’, anda cuma perlu pilih gear 2 atau 3 supaya anda dapat efek brek enjin yang mencukupi bagi memandu turun bukit dengan selamat. Ini bermaksud anda tak boleh bergantung pada brek enjin semata-mata untuk turun dengan selamat.

Anda mungkin pernah dengar beberapa pemandu berlagak yang mereka tak tekan brek pun ketika memandu turun bukit. Anggap sajalah kata-kata itu auta semata-mata.

Jangan guna D atau N untuk turun bukit dengan kereta auto! Ini sebabnya. 03

Perkara paling penting yang anda perlu pelajari ialah bagaimana caranya untuk membrek secara efisien dan berkesan. Maksudnya, tekan brek hanya bila perlu dan aplikasikan tekanan brek yang optimum bagi memperlahankan kereta anda.

Memandangkan brek enjin kereta anda sudahpun membantu dalam memperlahankan kereta, penggunaan brek kaki anda juga boleh dilaras mengikut keperluan.

Jangan guna D atau N untuk turun bukit dengan kereta auto! Ini sebabnya. 04

Pijak brek dengan tekanan kuat secara separa-mengejut dan pendek-pendek

Contohnya, lebih baik hendaknya jika pijak pedal brek dengan tekanan kuat selama 3 saat daripada memijak pedal brek dengan tekanan sederhana selama 5 saat.

Memendekkan masa antara satu-satu brek membolehkan brake pad dan rotornya untuk menyejuk antara pijakan. Secara kumulatifnya, ini akan mengelakkan sistem brek anda daripada ‘overheat’ atau terlampau panas terlalu awal.

Tidak Harus

Jangan guna D atau N untuk turun bukit dengan kereta auto! Ini sebabnya. 05

Anda tak sepatutnya memandu turun bukit dengan gear ditinggalkan pada ‘D’. Dalam mode ini, pemetaan transmisi anda dilaraskan bagi penjimatan bahan api dan transmisi anda akan memilih gear paling tinggi sepantas mungkin.

Akibatnya, brek enjin anda tidak dapat berfungsi dengan efektif bagi memperlahankan kereta anda.

Jangan guna D atau N untuk turun bukit dengan kereta auto! Ini sebabnya. 06

Jangan pandai-pandai guna ‘N’ ketika turun bukit. Jika ia pada ‘D’, sekurang-kurangnya ia masih ada brek enjin walau sipi-sipi sahaja. Jika anda gunakan ‘N’, anda sebenarnya memisahkan enjin daripada sistem transmisi kereta secara keseluruhannya = tiada langsung brek enjin.

Hasilnya? Brek kereta anda dibiarkan menanggung keseluruhan berat kereta termasuklah pemandu, penumpang, dan beban yang dibawa. Kalau nak brek jahanam cepat, silakan.

Jangan guna D atau N untuk turun bukit dengan kereta auto! Ini sebabnya. 07

Nampak cool? Jangan.

Satu lagi perkara yang harus dielakkan ialah menekan brek secara berterusan sambil kereta bergerak. Selalunya, inilah punca brek terlebih panas atau ‘overheat’.

Ramai pemandu tak sedar apabila mereka memijak pedal brek lama-lama dan pada masa yang sama tidak meletakkan tekanan yang mencukupi sambil kereta masih berjalan. Ini satu tabiat yang boleh menjahanamkan sistem brek kereta anda dengan cepat.

Jangan guna D atau N untuk turun bukit dengan kereta auto! Ini sebabnya. 08

Kredit gambar: Cycling About

Sentiasa pastikan kereta anda diselenggara dan dalam kondisi baik sebelum dibawa memandu turun-naik bukit. Bagi penjagaan sistem brek pula, pastikan tahap cecair brek anda mencukupi dan brake pad serta rotor masih lagi boleh digunakan.

Jika kereta anda boleh bergerak seperti biasa, tak ada masalah. Masalah besarnya ialah apabila kereta anda tak boleh berhenti.

Jangan guna D atau N untuk turun bukit dengan kereta auto! Ini sebabnya. 09

Pastikan sistem brek anda sentiasa dalam keadaan baik sebelum dipandu turun bukit

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda