window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jangan guna TNG Visa bayar tol, KPDN minta Touch 'n Go tukar nama kad - Apa kegunaannya?

Mersita · Jan 26, 2023 02:00 PM

Jangan guna TNG Visa bayar tol, KPDN minta Touch 'n Go tukar nama kad - Apa kegunaannya? 01

Kerajaan telah menggesa pihak Touch ‘n Go (TNG) untuk menukar nama kad baru Visa TNG supaya pengguna tidak keliru apabila hendak membuat bayaran di plaza tol atau menaiki pengangkutan awam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata, advokasi perlu dilaksanakan bagi menjelaskan kepada pengguna bahawa kad Visa TNG hanya untuk tujuan pembelian barangan dan perkhidmatan serta pengeluaran wang dimana kad Visa diterima.

Jangan guna TNG Visa bayar tol, KPDN minta Touch 'n Go tukar nama kad - Apa kegunaannya? 02

Tangkap layar dari aplikasi TNG eWallet sebelum tempahan kad dibuat

“Kad ini tidak boleh digunakan bagi tujuan pembayaran tol dan pengangkutan awam. Kerajaan menyarankan supaya nama kad Visa tersebut diubah supaya tidak mengelirukan pengguna memandangkan perkataan ‘’Touch ‘n Go” sinonim dengan sistem pembayaran tol,” katanya dalam satu kenyataan selepas sesi libat urus antara KPDN dan wakil dari TNG serta agensi lain di Putrajaya semalam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

TNG juga diarah untuk memberi notis awal kepada pengguna sebelum tiba tarikh luput kad TNG mereka. Ini kerana tempoh tamat kad TNG tidak disedari oleh pengguna terutamanya bagi mereka yang menggunakan MyKad, jelasnya lagi.

Jangan guna TNG Visa bayar tol, KPDN minta Touch 'n Go tukar nama kad - Apa kegunaannya? 01

Selain itu, pembukaan pusat jualan kad dan perkhidmatan TNG patut diperluaskan kerana buat masa ini, pusat ini hanya dibuka di dua lokasi iaitu KL Sentral dan Bangsar South. Pihak syarikat turut diminta menambahbaik kaedah serta mempercepatkan proses tempoh bayaran balik dan pemindahan baki bagi memudahkan pengguna.

Bagi melindungi lagi hak pengguna, syarikat berkenaan juga diarah untuk berbincang dengan platform jual-beli atas-talian supaya iklan jualan kad TNG oleh pihak ketiga yang bukannya wakil jualan sah diturunkan atau diharamkan.

Jangan guna TNG Visa bayar tol, KPDN minta Touch 'n Go tukar nama kad - Apa kegunaannya? 02

Juga baca: 'Scalpers' cekik darah - Proses pembelian kad Touch 'n Go NFC buat ramai bengang!

Seperti ramai sedia maklum, kad TNG – terutamanya kad TNG NFC yang amat sukar untuk diperolehi – rancak dijual oleh pihak ketiga di pelbagai platform atas-talian pada harga lebih tinggi. Salahuddin berkata pihak penguatkuasaan kementeriannya akan mengambil tindakan undang-undang kepada penjual sebegini di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Pihak TNG diberi masa satu minggu untuk hasilkan pelan tindakan susulan seterusnya,” katanya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda