window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jangan memandu dalam banjir dengan penghawa dingin terbuka. Ini sebabnya.

Mersita ยท Aug 2, 2020 04:00 PM

Jangan memandu dalam banjir dengan penghawa dingin terbuka. Ini sebabnya. 01

Dengan musim hujan yang melanda, banyak tempat di Malaysia mengalami banjir kilat. Kejadian ini sering berlaku saban tahun dan memandu di dalam cuaca hujan lebat sememangnya merisaukan dan lebih membahayakan bagi diri dan kesihatan kereta.

Oleh itu, kalau boleh cuba elakkan kawasan banjir. Jika anda yakin yang tahap air cukup rendah, di sini kami ingin sarankan beberapa tip untuk memandu di atas jalan yang banjir.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah berhenti dan pastikan pemandu lain di hadapan boleh lepas atau tidak dengan keadaan jalan yang banjir. Anggarkan samada tahap air lebih dalam daripada bahagian tengah tayar kereta anda atau lebih tinggi dari sisi jalan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Anda juga boleh gunakan pembahagi tengah jalanraya sebagai penunjuk visual untuk buat anggaran tahap air. Jika anda yakin yang tahap air cukup rendah, teruskan perjalanan dengan berhati-hati.

Jangan memandu dalam banjir dengan penghawa dingin terbuka. Ini sebabnya. 01

Masuk ke kawasan banjir pada kelajuan rendah, seperlahan pejalan kaki, lebih kurang 3 km/jam sebelum tayar kereta anda masuk ke dalam air, dan naikkan kelajuan sedikit pada 6 km/jam apabila berada di dalam air banjir. Ini akan menghasilkan ‘bow wave’ di hadapan kenderaan supaya ada penurunan tahap air di bawah ruang enjin, dimana ini akan mengurangkan risiko air masuk ke dalam enjin.

Jangan memandu dalam banjir dengan penghawa dingin terbuka. Ini sebabnya. 02

Sebelum anda masuk ke dalam banjir, perlu diingatkan yang ‘air-cond’ atau penghawa dingin ditutup terlebih dahulu. Rasionalnya adalah ada kemungkinan yang kipas elektrik dalam penghawa dingin tersebut ‘mengaut’ air masuk ke dalam enjin. Ada juga risiko dimana kipas penghawa dingin akan rosak apabila ada sisa-sisa jalanraya termasuk ke dalamnya.

Jangan memandu dalam banjir dengan penghawa dingin terbuka. Ini sebabnya. 03

Masuk ke dalam banjir satu persatu kerana mungkin kenderaan di hadapan anda terhenti dan anda terpaksa berhenti sekali. Ini sangat merbahaya kerana penurunan air yang anda hasilkan tadi semasa memasuki kawasan banjir akan mengalir masuk semula ke dalam enjin kereta anda.

Jangan memandu dalam banjir dengan penghawa dingin terbuka. Ini sebabnya. 04

Apabila memandu membolosi jalan banjir, anda juga harus berjaga-jaga dengan kenderaan yang menghampiri dari arah lain kerana ini akan mengubah aliran air dan ia boleh menyebabkan air masuk ke ruang enjin.

Sesudah anda keluar dari banjir tersebut, tekan brek dengan lembut untuk mengeringkannya. Apabila brek basah, prestasi brek akan terjejas.

Jangan memandu dalam banjir dengan penghawa dingin terbuka. Ini sebabnya. 05

Perlu diingatkan juga yang jalan banjir mungkin ada ancaman terlindung seperti lubang jalan yang besar atau penutup lubang jalan (‘manhole’) yang tercabut. Oleh itu, anda mesti lebih berhati-hati.

Jangan memandu dalam banjir dengan penghawa dingin terbuka. Ini sebabnya. 06

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda