window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Janji PM, 1 negeri, 1 litar 'drag', dapat sorakan gemuruh tapi...

Khairil ยท Aug 15, 2022 06:30 PM

Janji PM, 1 negeri, 1 litar 'drag', dapat sorakan gemuruh tapi... 01

Ketika acara 'gergasi' Perhimpunan RXZ Members 4.0 di Terengganu International Drag Strip, Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada memberi khabar gembira kepada golongan 'pencinta kelajuan' dua roda di seluruh Malaysia. 

Janji PM adalah setiap negeri di Malaysia akan mempunyai sekurang-kurangnya satu litar 'drag' untuk kegunaan perlumbaan. 

Janji PM, 1 negeri, 1 litar 'drag', dapat sorakan gemuruh tapi... 02

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Kata-kata PM Ismail itu bukan omong kosong kerana kerajaan katanya sudah bersetuju dengan cadangan itu dan ia akan dimasukkan ke dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Oktober nanti.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut PM, antara objektif 1 negeri, 1 litar 'drag' ini adalah untuk memperkasakan program pembangunan sukan permotoran di negara ini.

Juga baca: Ngeri, penunggang motosikal tiga maut, tiga parah kemalangan di Jelutong, P.Pinang, disyaki berlumba haram!

Janji PM, 1 negeri, 1 litar 'drag', dapat sorakan gemuruh tapi... 01

Dan dengan kewujudan litar ini nanti, ia juga akan memberi peluang kepada golongan belia untuk membabitkan diri dengan lebih serius dalam sukan permotoran dan apa yang penting, mengikut saluran yang betul.

Sebagai tambahan, PM Ismail turut menggesa agar golongan belia mengambil bahagian dalam program MyFit @ Motorsports 2022 yang juga program pembangunan akar umbi permotoran yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Janji PM, 1 negeri, 1 litar 'drag', dapat sorakan gemuruh tapi... 02

Seperti diketahui, Malaysia memang mempunyai 'masalah' yang agak kronik membabitkan motosikal iaitu lumba haram. Pelbagai berita sedih dilaporkan oleh media dan terbaharu membabitkan lima maut dalam kejadian di Pulau Pinang.

Jika diteliti, kegiatan lumba haram ini bukan masalah yang baru di mana kerajaan, pihak NGO dan pelbagai lagi pihak sudah melakukan pelbagai cara untuk memeranginya.

Janji PM, 1 negeri, 1 litar 'drag', dapat sorakan gemuruh tapi... 03

Terbaharu, kerajaan turut merancang untuk menaikkan kadar denda minimum daripada RM 300 kepada jumlah antara RM 5,000 hingga RM 10,000 selain hukuman penjara untuk pesalah aktiviti tidak bermoral itu.

Selain pesalah, hukuman juga dicadangkan untuk dikenakan kepada ibu bapa (pesalah bawah usia 18 tahun), bengkel terlibat dan lain-lain. Sekalipun nampak 'keras', ini mungkin antara jalan terbaik untuk mengatasi masalah ini.

Juga baca: Geng rempit, lumba haram boleh mula bimbang, hukuman lagi berat sedang dipinda, penonton, ibu bapa pun 'kena'!

Janji PM, 1 negeri, 1 litar 'drag', dapat sorakan gemuruh tapi... 04

Berbalik kepada idea pembinaan 1 negeri, 1 litar 'drag' oleh PM Ismail, ia sememangnya nampak bijak dan berjaya menyejukkan hati seketika segelintir pihak yang berang dengan cadangan 'hukuman keras' pihak berkuasa.

Tetapi ia sebenarnya bukan sesuatu yang baru dan pernah dicadangkan oleh kerajaan sebelum ini namun sentiasa 'tersekat' di tengah jalan disebabkan oleh pelbagai faktor.

Janji PM, 1 negeri, 1 litar 'drag', dapat sorakan gemuruh tapi... 05

Sekalipun kewujudan litar 'drag' yang 'halal' memang patut dipuji, tetapi sejauh mana litar itu mampu menarik geng rempit ini daripada berlumba haram atau mengurangkan kagiatan ini di jalan raya susah untuk dipastikan.

Ketika ini, dua negeri iaitu Terengganu dan Melaka dikatakan sudah pun memiliki litar drag. 

Janji PM, 1 negeri, 1 litar 'drag', dapat sorakan gemuruh tapi... 06

Tetapi jika diteliti, untuk menyertai perlumbaan di litar 'halal' ini bukanlah semudah untuk berlumba haram dan ia sebenarnya bukan tiket untuk semua orang merasai pengalaman berlumba. 

Itu belum lagi bercerita mengenai peraturan pelik yang membebankan, karenah birokrasi, kos pembinaan litar, lesen lumba, kos pengurusan, penyelenggaraan dan sebagainya yang pasti memerlukan dana yang tinggi.

Juga baca: YB Melaka 'tanjat' sambutan hangat lumba drag di Merlimau, ingin tarik ramai mat rempit dari lumba haram!

Janji PM, 1 negeri, 1 litar 'drag', dapat sorakan gemuruh tapi... 07

Tidak bermaksud untuk mengkritik atau berfikiran negatif, idea 1 negeri, 1 litar 'drag' oleh PM Ismail ini amat dialu-alukan tetapi ia diharapkan tidak lagi tersekat di tengah jalan.

Sumber imej: FB RXZ Members - Official

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda