window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Januari 2022: Mitsubishi Xpander No.1 di Indonesia, jualan Toyota Avanza & Veloz hambar?

Faisal · Feb 22, 2022 06:00 PM

Januari 2022: Mitsubishi Xpander No.1 di Indonesia, jualan Toyota Avanza & Veloz hambar? 01

Berdasarkan sumber sahih dari Gaikindo, Mitsubishi Xpander adalah kereta terlaris di Indonesia untuk Januari 2022. Perkara ini tidak memeranjatkan kerana ia baru sahaja dikemaskini pada November yang lalu. Jadi, impak yang diberi lebih kuat berbanding model-model lain.

10 kereta terlaris di Indonesia untuk Januari 2022
Model Jualan (unit)
Mitsubishi Xpander 5,282
Daihatsu Sigra 5,130
Toyota Veloz 4,777
Honda Brio 4,489
Toyota Innova 3,971
Toyota Rush 3,752
Daihatsu Xenia 3,512
Honda BR-V 3,257
Toyota Avanza 3,188
Toyota Fortuner 2,492

Secara tidak langsung juga, ia berjaya meraih jualan sehingga 5,282 unit pada bulan yang lepas, sekaligus meletakkan Xpander di tempat pertama dalam senarai kereta paling laku di Indonesia sekarang.

Januari 2022: Mitsubishi Xpander No.1 di Indonesia, jualan Toyota Avanza & Veloz hambar? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menariknya, Toyota Veloz dan Avanza serba baharu juga dilancar dalam bulan yang sama tetapi mereka masing-masing hanya terjual sebanyak 4,277 unit dan 3,188 unit. Apapun, keputusan Toyota untuk menamakan varian Veloz sebagai model sulung betul-betul membuahkan hasil kerana ia betul-betul lebih laku daripada Avanza sendiri.

Juga bacaToyota Avanza ‘tarik belakang’ dihentikan di Malaysia; Veloz ‘tarik depan’ akan dilancarkan tidak lama lagi?

Januari 2022: Mitsubishi Xpander No.1 di Indonesia, jualan Toyota Avanza & Veloz hambar? 01

Sebelum ini, jualan buat kedua-dua model digabungkan kerana mereka adalah kereta yang sama. Jadi kalau dicampurkan (7,965 unit) seperti generasi terdahulu, merekalah sebenarnya kereta yang paling laris. Kembar yang satu lagi iaitu Daihatsu Xenia juga tidak kurang hebatnya dimana ia meraih jualan sebanyak 3,512 unit.

Juga bacaDaihatsu Xenia 2022 membuat debut – potensi kembar Perodua Alza serba baharu kini rasmi

Januari 2022: Mitsubishi Xpander No.1 di Indonesia, jualan Toyota Avanza & Veloz hambar? 02

Untuk pengetahuan anda, model Daihatsu paling laku di negara itu ialah Sigra (tempat ke-2) yang mana ia berjaya dijual sehingga 5,130 unit. Model seperti Toyota Innova (tempat ke-5) pula terjual sebanyak 3,971 unit dan Honda BR-V yang baru dilancarkan berada di tangga ke-8 (3,257 unit).

Januari 2022: Mitsubishi Xpander No.1 di Indonesia, jualan Toyota Avanza & Veloz hambar? 03

Kalau anda perasan, 10 kereta paling laku di Indonesia untuk Januari didominasikan oleh MPV 7 tempat duduk, SUV dan crossover tetapi hatchback Honda Brio berjaya menyelit di tempat ke-4 dengan jualan sebanyak 4,489 unit.

Januari 2022: Mitsubishi Xpander No.1 di Indonesia, jualan Toyota Avanza & Veloz hambar? 04

Apapun, secara keseluruhan, jualan kereta untuk bulan Januari yang lepas sebenarnya menurun 13% (84,062 unit) berbanding Disember 2021 (96,673 unit).

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda