window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jauhnya sesat? Apa kereta elektrik Changan Eado EV ini buat di Malaysia?

Mersita ยท Oct 15, 2021 05:00 PM

Jauhnya sesat? Apa kereta elektrik Changan Eado EV ini buat di Malaysia? 01

Adakah Malaysia akan menerima kedatangan rasmi sebuah model kereta elektrik (EV) mampu-milik dipanggil Changan Eado EV tidak lama lagi?

Jauhnya sesat? Apa kereta elektrik Changan Eado EV ini buat di Malaysia? 02

Berdasarkan sumber daripada pembaca kami, EV ini dikesan berada di jalan raya Malaysia dengan plat dagangan, bersiar-siar di Jalan Yap Kwan Seng beberapa hari lalu. Kami cuba untuk periksa asal-usul plat dagangan ini, tapi siasatan kami tidak membuahkan sebarang hasil.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jauhnya sesat? Apa kereta elektrik Changan Eado EV ini buat di Malaysia? 01

Mungkinkah pengedar kenderaan Changan di Malaysia, Berjaya China Motors (BCM), akan menceburi pasaran jualan kenderaan penumpang seperti Eado EV di sini tak lama lagi? BCM buat masa ini menjual kenderaan komersial sahaja seperti Changan Era Star II yang boleh didapati samada dalam bentuk van atau trak.

Jauhnya sesat? Apa kereta elektrik Changan Eado EV ini buat di Malaysia? 02

Apa itu Changan Eado EV?

Jauhnya sesat? Apa kereta elektrik Changan Eado EV ini buat di Malaysia? 03

Changan Eado EV ialah sebuah sedan segmen C. Changan menawarkan beberapa versi Eado, termasuklah dengan gaya badan hatchback dan sedan. Model ini juga didatangkan dengan pilihan samada enjin dikuasakan petrol biasa dan satu versi elektrik.

Jauhnya sesat? Apa kereta elektrik Changan Eado EV ini buat di Malaysia? 04

Bagi Eado EV, ia didatangkan dengan motor elektrik yang mampu menjana 136 PS dan 245 Nm. Pek baterinya yang berkapasiti 52.56-kWh membolehkan julat NEDC dicapai sejauh 405 km. Ia juga dilengkapi dengan port pengecas GB/T pasaran China.

Ada dua port pengecas di dalam Eado EV; satu dipasang di jejaring hadapan untuk pengecasan pantas DC, dan satu lagi dipasang pada bahagian dimana penutup tangki minyak sering ditemui pada kereta biasa. Port pengecas kedua ini membolehkan pengecasan AC biasa yang lebih perlahan.

Jauhnya sesat? Apa kereta elektrik Changan Eado EV ini buat di Malaysia? 05

Menurut Changan, Eado EV memerlukan masa 30 minit untuk dicas penuh dengan menggunakan pengecas pantas DC dari cas 30% ke 80%. Dari 0% ke 80% pula, ia hanya memakan masa 50 minit.

Jauhnya sesat? Apa kereta elektrik Changan Eado EV ini buat di Malaysia? 06

Di China, Changan Eado EV dijual pada harga antara CNY 129,900 (~RM 84,000) sehingga CNY 139,900 (~RM 91,000) dan ia bersaing dengan sedan EV yang lain seperti Geometry A.

Pasaran eksport bagi Eado EV termasuklah Filipina, dijual di sana sebagai Eado EV460.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia