window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jawa Perak, nama motosikal custom bobber ini memang 'catchy' dan sangat laris!

Haris Ā· Nov 9, 2020 12:30 PM

Jawa Perak, nama motosikal custom bobber ini memang 'catchy' dan sangat laris! 01

Walaupun bunyinya seakan-akan nusantara, Jawa Motorcycles adalah sebuah pengeluar motosikal yang berasal dari Prague, Republik Czech. Jawa Motorcycles sebenarnya gabungan daripada 2 perkataan awal Janeček dan Wanderer. Perkataan Janeček diambil daripada nama pengasasnya, František Janeček, yang juga merupakan pelopor industri automotif di Republik Czech.

Jawa Perak, nama motosikal custom bobber ini memang 'catchy' dan sangat laris! 02

Popular pada tahun 50-an sehingga 70-an, populariti tersebut tidak mampu bertahan bermula tahun 90-an. Walaubagaimanapun, pada tahun 2018, syarikat Classic Legends yang merupakan subsidiari motosikal daripada gergasi permotoran India iaitu Mahindra & Mahindra Group mengambil alih jenama tersebut dan memberikan nafas baru kepada Jawa Motorcycle.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jawa Perak, nama motosikal custom bobber ini memang 'catchy' dan sangat laris! 01

Antara model motosikal yang terkenal untuk Jawa Motorcycle adalah model 'Jawa 350 Perak'. Tiada kaitan dengan Abon mahupun Kazar, Jawa Perak yang pertama dilancarkan selepas era perang dunia ke 2 dan memacu populariti Jawa Motorcycle.

Jawa Perak, nama motosikal custom bobber ini memang 'catchy' dan sangat laris! 02

Kini di bawah Classic Motorcycle, Jawa Perak umpama phoenix bangkit dari abu dan diberikan gaya custom bobber. Malah, Jawa Perak merupakan custom bobber versi pengeluaran yang pertama dari India. Sambutan turut menggalakkan dengan 2,000 unit telah dijual dalam masa sebulan.

Jawa Perak, nama motosikal custom bobber ini memang 'catchy' dan sangat laris! 03

Jawa Perak dilengkapi dengan enjin silinder tunggal 334cc DOHC penyejukan cecair dan menghasilkan sebanyak 32.7 PS kuasa kuda dan 31 Nm tork. Gaya bobber yang ditonjolkan memberikan estetika vintaj dan retro yang popular di kalangan peminat motosikal.

Jawa Perak, nama motosikal custom bobber ini memang 'catchy' dan sangat laris! 04

Ia turut dilengkapi dengan lampu depan bulat, hendal lebar dengan cermin yang dipasang di kedua hujungnya, tangki minyak berbentuk teardrop, seragam berwarna hitam, tempat duduk terapung tunggal dengan lampu ekor LED bersepadu, paip ekzos berkembar dan logo Perak dan jalur berwarna kontra.

Jawa Perak, nama motosikal custom bobber ini memang 'catchy' dan sangat laris! 05

Melihat kepada trend cafe racer di Malaysia, Jawa Perak berkemungkinan bakal disambut baik. Beberapa jenama motosikal India sudah mula digunapakai oleh rakyat Malaysia seperti Bajaj melalui usahasama Modenas dan TVS Motorcycle.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda