window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jenis wiper mana yang sesuai untuk kereta anda?

Faisal · Oct 8, 2020 07:50 PM

Jenis wiper mana yang sesuai untuk kereta anda? 01

Pengelap cermin berfungsi untuk membersihkan cermin supaya ia bersih dan jelas. Kebersihan cermin mengundang faktor kepada keselamatan pemandu dan penumpang. Tidak mengira air hujan yang lebat atau kotoran habuk, cermin kereta haruslah berada dalam keadaan bersih supaya mudah untuk pemandu melihat sekeliling.

Jenis wiper mana yang sesuai untuk kereta anda? 02

Antara komponen yang terdapat pada pengelap cermin kenderaan anda ialah:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lengan (arm)

Jenis wiper mana yang sesuai untuk kereta anda? 01

Lengan berfungsi untuk menghantar pergerakan motor ke pengelap cermin.

Getah pengelap (rubber element)

Jenis wiper mana yang sesuai untuk kereta anda? 02

Getah pengelap cermin berfungsi untuk membersihkan permukaan cermin.

Penyambung (connector)

Jenis wiper mana yang sesuai untuk kereta anda? 03

Bahagian ini menyambungkan getah pengelap dan lengan.

Spring (spring flexor)

Jenis wiper mana yang sesuai untuk kereta anda? 04

Bahagian ini mengekalkan getah pengelap ke permukaan cermin untuk pembersihan yang berkesan.

Spoiler

Jenis wiper mana yang sesuai untuk kereta anda? 05

Bahagian ini memberikan aerodinamik yang lebih lancar.

Untuk maklumat anda, terdapat beberapa jenis pengelap cermin yang digunakan dalam pasaran. Antaranya ialah:

Pengelap cermin standard/konvensional

Jenis wiper mana yang sesuai untuk kereta anda? 06

Pengelap cermin konvensional digunakan oleh kebanyakan kenderaan terutama kenderaan ekonomi. Untuk pengetahuan anda, pengelap cermin konvensional berada lama dalam pasaran kerana ia cukup tahan dan berkesan.

Jenis wiper mana yang sesuai untuk kereta anda? 07

Selain itu, ia juga boleh dinaik taraf kepada jenis yang lebih moden sekiranya pemandu ingin mencuba sesuatu yang lebih kemas.

Pengelap cermin flat

Jenis wiper mana yang sesuai untuk kereta anda? 08

Menariknya, kebanyakan kenderaan yang dikeluarkan kini mengadaptasikan pengelap cermin jenis flat. Antara sebabnya ialah ciri spoiler yang membantu aerodinamik. Oleh itu, ia berupaya mengurangkan bunyi angin dan menjimatkan bahan api. Pengelap cermin flat turut memiliki rupa paras komponen yang lebih ringkas.

Jenis wiper mana yang sesuai untuk kereta anda? 09

Di samping itu, saiz yang kompak memberikan kemudahan penglihatan kepada pemandu. Namun begitu, anda tidak boleh menukar kepada jenis konvensional sekiranya kenderaan anda didatangkan dengan reka bentuk pengelap cermin flat.

Hibrid

Jenis wiper mana yang sesuai untuk kereta anda? 10

Seperti maksudnya, pengelap cermin jenis hibrid menggabungkan ketahanan dan keberkesanan oleh pengelap cermin konvensional dengan reka bentuk kompak yang ringkas dan aerodinamik oleh pengelap cermin flat. Tambahan pula, spoiler pada pengelap cermin melalui sepanjang bilah pengelap.

Jenis wiper mana yang sesuai untuk kereta anda? 11

Ciri ini mengekalkan tekanan bilah getah terhadap cermin walaupun pada kelajuan tinggi supaya pergerakan sentiasa lancar, berkesan, dan senyap.

Jenis getah pengelap

Jenis wiper mana yang sesuai untuk kereta anda? 12

Bercakap mengenai getah pengelap, terdapat jenis getah organik dan silikon. Getah organik lebih senyap. Pada masa yang sama, getah silikon lebih tahan lama kerana sifat silikon yang lebih tahan akan haba, kesejukan,dan pantulan ultraviolet matahari (UV). Selain itu, lapisan hidrofobik yang ditinggalkan oleh getah silikon berupaya mengurangkan air dan kekotoran daripada melekat di cermin.

Jenis wiper mana yang sesuai untuk kereta anda? 13

Walau apapun pilihan pengelap cermin dan getah pengelap, anda boleh mencuba terlebih dahulu untuk mengetahui kesesuaian dengan cara penggunaan anda. Selamat memilih!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda