window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jentera 'Adventure touring' CFMoto 800MT akhirnya dipamer, dijangka tembus pasaran tempatan!

Khairil ยท Apr 25, 2021 10:00 AM

Jentera 'Adventure touring' CFMoto 800MT akhirnya dipamer, dijangka tembus pasaran tempatan! 01

Sejak imej dan khabar angin mengenai motosikal yang didakwa paling 'advance' keluaran China, CFMoto 800MT tertiris di laman maya hampir setahun lalu, ramai yang tertanya-tanya bilakah kelibat jentera 'Adventure touring' itu akan didedahkan.

Jentera 'Adventure touring' CFMoto 800MT akhirnya dipamer, dijangka tembus pasaran tempatan! 02

Sumber imej: Bikesales

Dan penantian itu berakhir apabila syarikat pengeluar motosikal dari China itu akhirnya mempamerkan jentera berkenaan di Shanghai Auto Show, minggu ini.

Juga baca: CFMoto 700CL-X tiba di Malaysia tahun ini?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti informasi yang diperoleh seperti sebelum ini, motosikal berkenan dipadankan dengan trenkuasa yang sama seperti KTM 790 Duke/Adventure. Ia adalah hasil kerjasama yang ditandatangani CFMoto dengan syarikat pengeluar dari Austria, KTM.

Jentera 'Adventure touring' CFMoto 800MT akhirnya dipamer, dijangka tembus pasaran tempatan! 01

Menerusi kerjasama berkenaan, ia sekaligus meningkatkan keterujaan terhadap motosikal berkenaan.

Jentera 'Adventure touring' CFMoto 800MT akhirnya dipamer, dijangka tembus pasaran tempatan! 02

Menilai dari sudut reka bentuk, CFMoto 800MT jelas tampil lebih rekaan yang moden dengan gaya Eropah malah boleh disifatkan sebagai setaraf dengan jentera dalam segmen sama.

Jentera 'Adventure touring' CFMoto 800MT akhirnya dipamer, dijangka tembus pasaran tempatan! 03

Dari sudut trenkuasa, ia menggunakan enjin 799 cc LC8c, Parallel Twin yang digunakan pada jentera KTM 790 Duke dan 790 Adventure. Justeru, kuasa yang mampu dihasilkan daripada enjin berkenaan mungkin sama iaitu 95 Hp dan tork 58 Nm.

Jentera 'Adventure touring' CFMoto 800MT akhirnya dipamer, dijangka tembus pasaran tempatan! 04

Begitupun selain enjin, CFMoto menggunakan kerangka dan casisnya sendiri dan digandingkan dengan kit yang berkualiti termasuk KYB untuk sistem suspensi dan J.Juan untuk sistem brek.

Sistem elektronik pula sekalipun mungkin tidak secanggih model daripada KTM, ia turut dilengkapi dengan teknologi seperyi 'Cornering ABS' Kawalan Traksi, 'Ride-by-wire throttle' dan turut mempunyai mod tunggangan.

Jentera 'Adventure touring' CFMoto 800MT akhirnya dipamer, dijangka tembus pasaran tempatan! 05

Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada beberapa lagi ciri-ciri canggih seperti 'Motor slip regulation' atau 'Mod rally', ciri yang ada pada model KTM 790 Adventure turut dipadankan pada motosikal ini.

Masuk ke pasaran Malaysia?

Jentera 'Adventure touring' CFMoto 800MT akhirnya dipamer, dijangka tembus pasaran tempatan! 06

Ketika ini, CFMoto belum mendedahkan perincian mengenai CFMoto 800MT atau adakah ia akan menembusi pasaran antarabangsa termasuk Malaysia.

Juga baca: CFMoto 250SR, rekaan buat 'gentar jiwa', harga menarik

Begitupun memetik laporan media automotif tempatan, motosikal adventure tersebut difahamkan akan memasuki pasaran tempatan sekitar 2022.

Jentera 'Adventure touring' CFMoto 800MT akhirnya dipamer, dijangka tembus pasaran tempatan! 07

CFMoto ketika ini sudah pun bertapak di Malaysia dan menawarkan beberapa model di pasaran tempatan antaranya CFMoto 250SR, CFMoto 250NK dan 400NK selain dua model lebih berkuasa iaitu 650MT dan 650GT.

Untuk CFMoto 800MT, jika ia datang dengan penawaran harga mampu milik dan sistem selepas jualan yang baik, berkemungkinan peluangnya untuk diterima di negara ini adalah cerah.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda