window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jentera 'Kruiser' mantap dari Honda, Rebel 1100 2021 tiba di Thailand!

Khairil · Mar 28, 2021 10:00 AM

Jentera 'Kruiser' mantap dari Honda, Rebel 1100 2021 tiba di Thailand! 01

Selepas debut global pada November tahun lalu, jentera dalam segmen 'Kruiser', Honda Rebel 1100 (2021) serba baharu akhirnya tiba di pasaran negara jiran, Thailand.

Menggunakan enjin bersesaran 1,048 cc yang diambil daripada motosikal kembara Africa Twin, Honda Rebel 1100 (2021) datang dalam pilihan transmisi klac manual 6-kelajuan atau dual-klac (DCT).

Jentera 'Kruiser' mantap dari Honda, Rebel 1100 2021 tiba di Thailand! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Enjin berkenaan, (SOHC, Penyejuk Cecair, 4 Lejang, 8 Injap, Parallel Twin 270°, patuh Euro 5) mampu menghasilkan kuasa 86 Hp pada 7,000 rpm dengan tork maksimum 98 Nm pada 4,750 rpm.

Menurut Honda, Honda Rebel 1100 (2021) ditala untuk menghasilkan pecutan yang sangat baik dalam julat kelajuan awal hingga pertengahan, sesuatu yang dianggap sangat sesuai untuk jentera dalam segmen berkenaan.

Jentera 'Kruiser' mantap dari Honda, Rebel 1100 2021 tiba di Thailand! 01

Seperti jentera moden lain, ia turut dilengkapkan ciri bantuan tunggangan elektronik seperti kawalan tork Honda Selectable Torque Control (HSTC), Kawalan Wheelie (3 tetapan), Kawalan Jelajah, kawalan pendikit elektronik (Throttle-by-Wire) dan empat mod tunggangan (Standard, Rain, Sport dan kustom).

Dilancarkan bersempena Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2021, motosikal dengan gaya Bobber dengan lampu bulat menggunakan LED serta menggunakan panel instrumen digital LCD ini jelas menerima banyak tarikan daripada pengunjung.

Jentera 'Kruiser' mantap dari Honda, Rebel 1100 2021 tiba di Thailand! 02

Beralih kepada sudut reka bentuk, Rebel 1100 (2021) tidak jauh berbeza dengan Rebel 500 yang ada dijual di pasaran Malaysia ketika ini. Tetapi sebagai 'abang', Rebel 1100 (2021) lebih panjang dan lebar serta menggunakan rim depan lebih besar, 18 inci di depan dan 16 inci di belakang.

Sistem keselamatan pula menggunakan brek cakera bersaiz 330 mm, angkup 4 piston di depan dan 256 mm di belakang bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Jentera 'Kruiser' mantap dari Honda, Rebel 1100 2021 tiba di Thailand! 03

Bagi menghasilkan pengendalian dan keselesaan tunggangan yang cemerlang, tugas itu diserahkan kepada fork teleskopik di depan dan absorber Showa di belakang.

Jentera 'Kruiser' mantap dari Honda, Rebel 1100 2021 tiba di Thailand! 04

Dengan ketinggian pelana hanya 700 mm, jentera yang mempunyai berat penuh 223 kg (MT) / 233 kg (DCT) ini dikatakan menawarkan ciri tunggangan yang menyeronokkan.

Jentera 'Kruiser' mantap dari Honda, Rebel 1100 2021 tiba di Thailand! 05

 

Bagi pilihan warna ada dua, iaitu Gun Metal Black Metallic (MT) dan Bordeaux Red (DCT) dan boleh ditambah dengan pelbagai pilihan aksesori dari Honda.

Jentera 'Kruiser' mantap dari Honda, Rebel 1100 2021 tiba di Thailand! 06

Untuk harga di Thailand, ia dijual dengan harga 399,000 baht (RM 53,088) bagi model manual dan bagi model DCT, ia datang pada tanda harga 429,000 baht (RM 57,079).

Jentera 'Kruiser' mantap dari Honda, Rebel 1100 2021 tiba di Thailand! 07

Bordeaux Red

Difahamkan, 'adik' kepada jentera ini iaitu Honda Rebel 500 mendapat sambutan baik di pasaran tempatan. Jadi apakah Rebel 1100 menyusul? Sama-sama kita nantikan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda