window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jerman U-turn dalam pelan EU untuk haramkan enjin pembakaran pada 2035 - EV hanya untuk orang kaya?

Mersita · Mar 12, 2023 02:00 PM

Jerman U-turn dalam pelan EU untuk haramkan enjin pembakaran pada 2035 - EV hanya untuk orang kaya? 01

Pada Oktober 2022, Parlimen Kesatuan Eropah (EU) telah mencapai persetujuan sementara untuk mengharamkan jualan kereta dan van dengan enjin pembakaran dalaman (internal combustion engine, atau ICE) bermula 2035.

Parlimen EU sepatutnya bersidang lagi dalam bulan ini untuk mencabut undi bagi isu berkenaan.

Kini, Jerman – penyokong kuat kereta elektrik (EV) berbateri – membuat ‘U-turn’ mengejut atas hal ini dimana mereka mengugut untuk menghalang terus perjanjian ini bersama Itali, melainkan Parlimen EU boleh memberi jaminan yang akan ada peruntukan bagi membenarkan penjualan kereta berenjin pembakaran dikuasakan oleh bahan api sintetik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bahan api sintetik ialah bahan api buatan manusia dihasilkan daripada karbon dioksida (CO2) dan hidrogen (H2). Bahan api sintetik yang dihasilkan daripada tenaga boleh diperbaharui digelar sebagai e-bahan api (e-fuels). Bahan api sebegini berpotensi untuk menjadikan enjin pembakaran mencapai neutral karbon.

Jerman U-turn dalam pelan EU untuk haramkan enjin pembakaran pada 2035 - EV hanya untuk orang kaya? 01

Bagaimana bahan api sintetik dibuat. Imej: Repsol

Negara yang menyokong Jerman dalam hal ini ialah Itali, sebuah lagi negara yang mempunyai banyak kepentingan dalam enjin pembakaran. Negara kurang membangun seperti Poland dan Hungary, dimana sasaran peralihan 100 peratus ke EV berbateri tidak begitu realistik, juga telah menunjukkan niat untuk menyertai Jerman dan Itali.

Topik pengharaman kereta berenjin pembakaran merupakan topik politik hangat di Jerman, pembawa risiko kepada gabungan kerajaan tiga parti di negara itu.

Serupa dengan Malaysia, kerajaan Jerman sedia ada merupakan satu gabungan rapuh terdiri daripada tiga parti berbeza – Parti Hijau radikal menyokong sepenuhnya pengharaman enjin pembakaran, manakala Parti Demokratik Sosial dan Parti Demokratik Bebas pula tidak menyokong pengharaman ini.

Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Jerman Volker Wissing berkata Jerman tidak akan menyokong cadangan dikemukakan EU.

“Suruhanjaya EU patut mencadangkan perundangan yang membolehkan enjin pembakaran didaftarkan selepas 2035, jika mereka boleh membuktikan yang ia hanya akan dikuasakan oleh bahan api sintetik,” katanya.

Jerman U-turn dalam pelan EU untuk haramkan enjin pembakaran pada 2035 - EV hanya untuk orang kaya? 02

Tahun lalu, Toyota menggunakan bahan api sintetik pada GR86 dalam satu perlumbaan ketahanan 25 jam di Thailand. Selain itu, GR Corolla berenjin pembakaran hidrogen juga dilumba

‘U-turn’ dilakukan Jerman amat mengejutkan banyak pihak kerana negara itu merupakan pasaran terbesar bagi EV bateri di blok perdagangan Eropah, dan pengilang-pengilang kereta Jerman sudah amat maju dalam pengeluaran model-model EV bateri.

Langkah tiba-tiba diambil Jerman ini cukup menghampakan Brussels kerana Jerman dahulunya sentiasa menyokong draf cadangan dikeluarkan pada Jun 2022 bagi mengharamkan enjin pembakaran menjelang 2035 dan menyokong perjanjian sementara dikeluarkan pada Oktober 2022.

Faktor China mungkin salah satu sebab Jerman melakukan ‘U-turn’ ini.

Jerman U-turn dalam pelan EU untuk haramkan enjin pembakaran pada 2035 - EV hanya untuk orang kaya? 03

Para eksekutif industri kereta di Eropah memberi amaran yang jika pengharaman ini diluluskan, Eropah akan dibanjiri EV diimport dari China manakala pengkalan industri Eropah akan semakin diabaikan.

Disebabkan oleh harga tenaga lebih tinggi di Eropah, para pengilang Eropah tidak mampu bersaing dengan pengilang EV China dari segi harga. Para eksekutif industri kereta menganggarkan yang undang-undang lebih ketat serta kos tenaga lebih tinggi di Eropah akan menyebabkan harga EV buatan Eropah kira-kira 40 peratus lebih mahal berbanding EV China.

Juga baca: Revolusi EV di China: Lebih 5.2 Juta unit pengecas, separuh baru dilancarkan tahun 2022!

Jerman U-turn dalam pelan EU untuk haramkan enjin pembakaran pada 2035 - EV hanya untuk orang kaya? 04

Pengharaman EU ke atas ICE adalah yang paling ekstrem. Sumber: JAMA

Tambahan pula, China juga tiada rancangan untuk mengharamkan enjin pembakaran, menimbulkan persoalan tentang mengapa EU mahu pergi sejauh ini.

CEO Stellantis Carlos Tavares memberitahu portal perniagaan Automobilwoche di Jerman bahawa kumpulan Stellantis, kumpulan EV terlaris di Eropah dari segi volum, boleh menandingi import China dengan agresif. Namun, keputusan kurang popular terpaksa dilaksanakan seperti kilang kereta ditutup, kerja-kerja pengilangan dialih ke tempat lain, pembekal Eropah diputuskan – meninggalkan kerugian pada Eropah dalam pelbagai bentuk.

“Jika dibiarkan pasaran Eropah terbuka, maknanya kita tiada pilihan: kita terpaksa bertanding dengan China secara langsung. Dan ini merangkumi keseluruhan rantaian nilai automotif.”

Akibatnya besar, jelasnya. “Tidak dapat dielakkan, ini akan mengundang keputusan tidak disenangi.”

Kapasiti perlu dikurangkan dan kilang harus dipindahkan ke lokasi lebih sesuai.

Menurut Tavares, pilihan lain adalah untuk “mengindustrikan semula” Eropah bagi menghidupkan semula industri-industri dan rantaian pembuatan yang hilang.

“Walau bagaimanapun, jika itu yang dimahukan, masih banyak usaha yang perlu dilaksanakan di EU, kemudian mereka perlukan polisi perdagangan yang berbeza.”

Jerman U-turn dalam pelan EU untuk haramkan enjin pembakaran pada 2035 - EV hanya untuk orang kaya? 05

Sudah ada beberapa ramalan tentang penurunan harga EV dan mencapai jurang keseimbangan kos dengan kereta enjin pembakaran, namun bukanlah ini yang berlaku sekarang.

“Saya tak risaukan Stellantis, saya risaukan golongan berpendapatan sederhana yang tidak akan mampu membeli kereta berharga 30,000 Euro,” kata Tavares, yang mana Peugeot e-208 keluaran kumpulan Stellantis kini EV bajet No.1 paling laris di Eropah.

Pada tahun lalu, Luca de Meo, CEO Renault Group, berkata, “Saya tak nampak jurang keseimbangan ini semakin hampir. Saya boleh fikirkan kimia bateri lebih baik dan elektronik kuasa lebih hebat, namun pencapaian ini tidak bermakna apabila harga kobalt naik berganda dalam tempoh hanya enam bulan.”

CEO BMW, Oliver Zipse, juga pernah memberi amaran. “Kami tidak mahu kereta dialih keluar daripada segmen asas, secara politiknya ini amatlah berbahaya. Jika anda tiba-tiba menjadikan pemilikan kereta hanya untuk orang kaya, ia satu perkara bahaya.”

“Sebagai ahli politik, saya akan amat berhati-hati… kerana anda menghapuskan kereta mengikut undang-undang,” ujar Zipse.

Berita berkait:

EV berharga serendah RM120k menyusul ke Malaysia suku kedua tahun 2023 - MITI

Pelaburan RM 14.7 bilion diluluskan untuk ekosistem EV di Malaysia - Tengku Zafrul

Pengalaman memandu EV BYD Atto 3 ke Tg. Malim - EV rakyat paling lengkap setakat ini!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia